: tak mau beramal sbb takut riya'? haaaa ANDA SILAP!

Saturday 20 March 2010
 
 
Orang Yang Takut Beramal Kerana Takut Riya Adalah Orang Yang Ditipu Oleh Shaitan
Shaitan menggodanya kerana tidak mahu Umat Islam beramal soleh.
Mereka membisikkan agar umat Islam jangan kemasjid, jangan menderma dan jangan membuat kebajikan,
nanti kamu merasa riya, maka kamu akan berdosa.

TAKUT RIYA BUKANLAH RIYA

Sebenarnya siapa takut berasa riya bukanlah riya. Siapa takut berasa riya adalah perasaan normal pada setiap mukmin.
 
 
 
Orang mukmin kena tahu mana bisikan Syaitan dan mana bisikan Malaikat.
Kata
Imam Ghazali mengenali bisikan Syaitan dan Malaikat ini adalahfardhu ain.Oleh itu jika ada bisikan Syaitan agar jangan Solat berjemaah ke masjid kerana takut riya dan sebagainya, maka lawanlah bisikan itu dengan merasakan pahala sendiri belum cukup untuk membayar hutang jasa kepada Allah swt.

Lawanlah bisikan itu dengan merasakan bahawa
pahala kita belum cukup untuk membawa kesyurga.
Lawanlah bisikan itu dengan mengingatkan bahawa mungkin ini adalah
hari terakhir. Mungkin esok tidak boleh solat lagi kemasjid dan sebagainya.
Lawanlah bisikan itu dengan memikirkan bahawa solat ke masjid amat besar pahalanya.

Pahala solat kemasjid adalah umpama gaji seorang pegawai tinggi. iaitu 27 x 5 x 30 = iaitu 4050 sebulan.
Manakala pahala atau ganjaran
solat dirumah hanya sebanyak 150sebulan.
Manakala dalam hadis dari Kitab Sunan Abi Daud pula,
Solat berjemaah di masjid yang sempurna wudhu dari rumah adalah umpama pahala haji.

Jadi sebulan ada 150 kali haji.

Pahala Haji mengikut hadis pula adalah umpama pahala jihad.
Di dalam hadis juga ada menyebutkan bahawa
pahala jihad itu ganjarannya ialah setiap saat seperti beribadat 60 tahun.

Oleh itu ganjaran mana yang mahu kita pilih?.

Adakah selepas ini kita akan masih tertipu lagi oleh Syaitan atau tidak?
Takut Beramal Kerana Takut Dikata Riya'

Jangan pula takut beramal kerana takut dikata Riya.

Bukankah Takut Riya dan Takut Dikata Riya adalah dua perkara yang berlainan?

Takut dikata riya sebenarnya adalah orang yang riya. Kerana ia hanya beramal kerana pujian orang lain.

Tetapi bila orang mengkritiknya atau mencacinya, ia tidak mau beramal.

Oleh itu orang yang takut beramal kerana takut dikata riya adalah orang riya yang sebenar-benarnya.

Ia hanya akan ke Masjid bila ada jemputan rasmi, kerana kawannya banyak di sana. Malu kalau tidak datang.
Ia juga hanya kemasjid bila ketuanya mengarahkannya, bila dicatit kedatangannya, kerana takut prestasi kerja diturunkan.
Ia juga hanya datang kemasjid bila ada jamuan dimasjid, bila ada kawannya juga hadir. Kerana mungkin ada cerita baru dimasjid dari kawan-kawan hari ini. Kalau kawannya itu tidak ada ia akan rasa malas sebenarnya.
Oleh itu sifat dan ciri-ciri seperti inilah sifat dan ciri-ciri orang munafiq. Wa iyadzu billahi minzalik.

Firman Allah swt dalam Surah An-Nisa' Ayat 142 kira-kira bermaksud:

142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.

Marilah kita beramal sebaik-baiknya ikhlas kerana Allah swt. Walaupun amal kita itu tidak setinggi mana, kerana masih lagi mengharapkan ganjaran pahala, namun asalkan tidak riya, asalkan tidak sombong pada Allah swt, maka tidakkah ianya suatu anugerah yang tidak boleh diabaikan.

10 Tanda Hati Kita Mati

Wednesday 10 March 2010
10 Tanda Hati Kita Mati, Solat Jadi Lalai *~*


1~ Mengaku kenal Allah S.W.T tetapi tidak menunaikn Hak2-NYA


2~Mengaku cinta kepada Rasullah S.A.W tetapi mengabaikan sunnah baginda


3~Memakan nikmat2 Allah S.W.T tetapi tidak mengsyukuri atas pemberian-NYA


4~Mengaku Syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menetangnya.


5~Mengaku ada nikmat Syurga tetapi tidak beramal utk mendapatkannya


6~Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dgn hukum2 di dalamnya.


7~Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha utk menjauhinya.



8~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia utknya.


9~Menyibukan diri membuka keaiban org lain tetapi lupa akan keaiban sendiri.


10~Menghantar dan menguburkan jenazah/ saudara Seislam tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.

: Berapa Keluasan NERAKA? :

Tuesday 9 March 2010
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, 
lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibu bapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api neraka-Mu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga-Mu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke neraka-Mu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.... .:

Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kpd Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku dtg kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dgn hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail:

"Pintu pertama untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Sedihnya hati melihat maksiat berleluasa, dan tiada apa yg dapat dibuat utk mencegah kemungkaran itu..harap doa dlm hati ini mengharapkan mereka dilindungi daripada seksa api neraka...

Seluas lautan, setitik ilmu kurniaan Tuhan kepada kita..sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg bakal terjadi...

: Wanita Solehah :

Friday 5 March 2010

Wanita Solehah...
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah...