: JOM TIDUR ^__^ :

Friday 23 April 2010
PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4.. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan
Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan
Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)

3.... Bercakap dengan orang soleh

4.. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit
Dan
Bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

Dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,

Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'



* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu
Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
Mengajarnya meskipun dia sudah mati.

 
 

: ACHIK SPIN KEMBALI KE RAHMATULLAH :

Saturday 17 April 2010
Innalillahi wa inna ilahi raa'ji'uuun....

Terkejut, tergamam, terkesima tatkala I came across berita kematian beliau from Mark Jean's facebook status.

Lalu, dgn pantas dan segera ku google info tentang kematian Achik, vokalis kumpulan Spin yang pernah berduet dengan Nana dalam lagu 'Paling Comel' (one of my favourites before).

GOSH!! GOSH!!! GOSH!!!!

Bukan nyer tak percaya akan ketetapan ajal yang disusun Allah sejak azali dalam Luh Mahfudz, tapi terasa takut. Takut yang amat sangat. Semakin hari terasa diri ini semakin hampir dengan kematian , macam dah tak lama, but yet banyak lagi yang perlu dilakukan untuk ke syurga Allah.


Gambar ni aku amek from blog yang tulis pasal kematian Achik.
Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosa-dosanya di dunia dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. 


17 April 2010 – Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin meninggal dunia petang tadi selepas kereta Toyota Estima yang dinaiki bersama-sama kawannya terbabas di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas). Arwah tersepit di dalam kereta sebelum kereta itu terbakar. Arwah meninggal di tempat kejadian. Kawan arwah bagaimanapun sempat keluar daripada kereta itu untuk menyelamatkan diri.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Achik Spin. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Ya Allah, jika esok lusa ajalku, maka matikanlahku dalam keadaan yang beriman.
Kau tempatkan lah ku dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh, Ya Allah.
Dari Engkau aku datang, kepada Engkau jualah aku kembali.
Tempatkanlah ku dalam Jannah-Mu Ya Allah.
SYURGA-MU adalah TUJUANKU.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA.....

Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.
 
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda: 

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
 
Sambung Rasulullah saw lagi: 

"Kalau orang yang bernazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s." 

"Kalau orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya." 

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT." 

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. 

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." 

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. 

Maka berkata tangan: 

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." 

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." 

Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." 

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka mata berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." 

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada ruh orang yang beriman itu." 

Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang. SUBHANALLAH!

Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. 

Maka berkata Abu Bakar r.a: 

"Roh itu menuju ketujuh tempat: 

1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin. 

2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus. 

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina. 

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat."
 

 Telah bersabda Rasulullah saw: 

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya: 

1. Orang-orang yang mati syahid. 

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan. 

3. Orang yang berpuasa dihari Arafah." 

______________________________________________________________
Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut
Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)

Sabda Rasulullah SAW lagi : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW .

Ka’b al-Ahbar berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.

Tatkala malaikat maut datang menjemputku, Kau mudahkan sakaratul mautku. Kau ringankan azab qubur ku.
(AAAAAAAAAAAAAAAAA, takutnyerrrrrrrrrrr)

“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. 

(QS al-Jumu’ah, 62: 8)

KAWAN-KAWAN YANG MASYHI SAYANGI SEKALIAN,
Ingatlah DUNIA hanyalah permainan dan sementara.
AKHIRAT jua yang kekal abadi.

BEAR IN MIND that TUJUAN KITA HIDUP ADALAH UNTUK MATI.
(Minta tolong ingatkan masyhi balik ooke sekiranya bila masa masyhi leka, lalai & lupa) 
 
JADI, ayuh kita sama-sama persiapkan diri dengan amal soleh dan segala macam kebaikan agar nanti semua amal soleh yang telah kita kerjakan semasa si dunia yang bakal dihisab oleh Allah akan menyelamatkan kita dari panasnya api neraka. 
 NAUZUBILLAHIMINZAAALIKK.

'NERAKA ADALAH SEBURUK-BURUK TEMPAT MENETAP DAN KEDIAMAN'
(Surah Al-Furqan, ayat 66)







: KU T'LAH JATUH CINTA katonyo AGNES MONICA :


ALKISAH... THOIBBBBBB.... 


NI MASYHI NGAN UMMI MASYHI, best momma in the world that Allah gave to me. : ))
Oma tuh mak kepada Ari Gynanjar Agustian, pengasas ESQ 165 di Jakarta. 

SAJE NAK KENALKAN MY MUM KAT KORANG jerrrr actually. hehehehehe.
OK, skarang jum layan zassssss cerita best di bawah ni. 

__________________________________________________________________________________

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. 

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

 Chopp!!
HAAAAAA.... APE MOOD KORANG SKARANG NI? TENGGG TENGGG TENGGGG.. 
SASPEN BETOL. 
MESTI MALU GILE KAN BILE KANTOI NGAN MAK BILE DAH PANDAI ADE PAKWE DAH. 
JUM TERUSKAN CRITE NI... ZASSSSS

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah... 

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

DISKRIMINASI UNTUK ORANG YANG BERAGAMA KE NI? 
KALAU GITU, KIRE TAKLEH NAK FUN FUN SGT LA EK KAT ATAS DUNIA NI? 
BORRINGG AHH & TAK BESH AAA IDOP GNI, AISEHHH!
KEEERRR CAMNER?
INIIIII TIDAAAAKKKKKKKKKK ADILL!!! (cam dale cite P RAMLEE hikhik)


LET'S CONTINUE WITH THE STORY....

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia  mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

NORMAL LAH KOTTTTT KALAU KITA JATUH CINTA KAN, 
BUKAN LUAR BIASA PON. huhuhuhu

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. 

Nah.... VANILLA CHOCOLATE BLENDED A LA CARTE, TG MAS untuk mak. 
hikhik......... JOKING! saje masyhi nak nyelit jap, sbb nak promote air yg best bangat amat ini.
oooooooooooooooooookkkeeeeeeeee, tekak masyhi yg dahaga skarang ni T________T
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. jom sambung lah!


Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak Dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Allah pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. 

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.


Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

THE END........

sungguh inspiring!
renung-renungkan dan selamat beramal bak kata Professor Izi Ibrahim. heeeeee : ))

__________________________________________________________________________________


THANK
YOU
ALLAH
FOR
MY
MOTHER
~ALHAMDULILLAH~
PUAN HAJJAH FARIDAH BINTI DARUS 
 ~ LOVE YOU JUTA2 KERANA ALLAH, UMMI ~
 

: SO APE JE BEZA MUSLIM SEKARANG DENGAN KAFIR? JOM SELIDIK BOLA BESI KITA! :

Thursday 15 April 2010
 AQIDAH BOLA BESI...............
 
~Bismillahirrahmanirrahim~
Pernahkah antum sume dengar tentang analogi bola besi?
If not, perkongsian yang ingin dbuat ni simple sahaja.Tapi insyaAllah akan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat 2 bola besi yang dimaksudkan di sini, yakni BOLA BESI MUSLIM dan BOLA BESI KAFIR.
Bola besi ini terdiri daripada 3 lapisan, iaitu

lapisan paling dalam yang mewakili AQIDAH.

Lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan perasaan,

manakala lapisan ketiga atau yang paling luar mewakili pemakaian, perilaku, tutur kata, hobi dan akhlak luaran seseorang.



Bukankah sifat bagi besi adalah senang melebur?

Oleh itu, sekiranya lapisan paling dalam yakni Aqidah difahami oleh setiap individu dengan sebenar-benarnya, ia akan melebur dan menembusi lapisan

kedua, yang mewakili hati dan perasaan manusia.

Apabila lapisan kedua juga melebur dan ditembusi, maka secara automatiknya lapisan ketiga akan ditembusi dan mempengaruhi hobi, cita-cita, akhlak dan luaran setiap insan.

                                    Sifat besi yang melebur


Justeru, daripada teori bola besi ni, dapatlah kita conclude kat sini bahawa untuk melahirkan insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan seorang Muslim sejati,

aqidah perlu diyakini, dihadam dan difahami dengan sebenar-benar kefahaman.

Aqidah seorang muslim bukan sekadar dihafal dan diungkapkan di mulut semata-mata, tapi kita mahukan apa yang terbit dari jasad kita didasarkan daripada aqidah yang benar!

Setiap daripada kita mempunyai bola besi masing-masing, bahkan orang kafir juga mempunyai aqidah bola besi mereka sendiri. Dan entah mana silapnya, bola besi kafir walaupun takat leburnya sama saja dengan bola besi muslim, namun ia lebih mempengaruhi lapisan luarnya, jika dibandingkan dengan muslim.

Sedangkan aqidah masyarakat muslim zaman ini tidak menembusi dan mempengaruhi lapisan kedua dan ketiga.
Sebagai contoh,aqidah orang kafir memang berbeza. Muslim percayakan kewujudan dan keesaan Allah, sedangkan orang kafir tidak.

Namun jika dilihat sekarang, ramai Muslim terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir,
sama ada sedar mahupun tidak, dari segi pemikiran mahupun gaya hidup.Lihat saja muslim zaman ini, kalau disemak lapisan keduanya, perasaan dan emosi mereka sama saja seperti orang kafir.

Jika hati si kafir hanya bersangkut-paut dengan cintan-cintun sbg pasangan kekasih, muslim pun sama saja. Malahan bagi remaja muslim zmn skrg, ber-couple adalah trend, dan sesiapa yang tidak ada pasangan, dianggap tidak laku, kolot, dan seumpamanya.

Meskipun couple itu dilarang dalam Islam.
Feeling n emotion muslim dan kafir juga tiada beza, hanya jiwang2, romantik, menangis tgk cerita hindustan n korea dll.Jika kafir tiada perasaan sensitiviti terhadap umat Islam Palestin cthnya, muslim pun sama saja. 



Bahkan saya pernah ditanya oleh seorang remaja Muslim,
"Israel dgn Palestin siapa lagi baik?"
Geleng kepala dibuatnya. Betapa gejala aku-tidak-pedulisme sgtlah berjaya diterapkan dalam jiwa muslim di Malaysia terutamanya golongan muda.

Kita go through the 3rd layer of the bola besi, yang mewakili sikap luaran dan kesukaan manusia.

Sama saja, akhlak kebanyakan muslim tidak melambangkan langsung bahawa dia beraqidah seorang muslim, bahkan kadangkala lebih teruk drpd si kafir.
Hobi muslim dan kafir juga sama. Kalau org korea yang sembah nenek moyang tu pun gilakan cerita korea n jepun, muslim yang sembah Allah ni pun sama saja.
Kalau anak muda mereka sangat obsess dengan dong hae, band2 DBSK, wondergirls, WGM tvshow, anak muda muslim pon takde bezanya.sampaikan ade yg dah dapat mandat supplier terulung crite2 korea n jepun dan yang sewaktu dgnnya.(merujuk kepada waqi' di Mesir jugak...huhu)

 
Kalau mamat2 skinhead or blackmetal terkinja2 sambil dgr lagu heavyrock n so on, mamat2 'islam' pun same saja.

Kalau tak ke gig, mereka pergi konsert underground,tak pun konsert avril lavigne atau inul,kalau yang kunun baek sikit tu, tgk final AF or konsert sureheboh pun jadilah.

Hedonism berleluasa.

Jadi, kenapa kita sama saja dgn mereka, sedangkan aqidah kita dgn mereka sama sekali tidak serupa?Semuanya sepatutnya berlandaskan aqidah yang difahami dgn sebenar-benar kefahaman!


Kenapa saya ckp begitu?

Sebabnya, normallah orang kafir berperasaan mcm tu, hobi n perilaku mcm tu, sbb ia adalah buah daripada aqidah mereka yang memang dah fasad. dah rosak.

Tapi kenapa org Islam yang aqidah mereka dah sah2 betul, tapi tidak mempengaruhi dan menembusi lapisan2 luar bola besi mereka.
Abnormal lah kalau mcm tu.

apa yang dapat disimpulkan disini..orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim...

yang dikesali, lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir...

pointnya disini,Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….Adakah saya berkata begini kerana aqidah bola besi saya sudah melebur dengan hebatnya? Tentu sekali tidak!


"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-shaff: 2-3)



Saya juga sama seperti antum,
masih memeriksa Bola Besi saya sendiri.
Masih dalam proses untuk meleburkan lapisan aqidah terdalam supaya dapat menembusi lapisan kedua dan ketiga.
and we shud remember that this is a long n continuous process.
Dan bukannya boleh dinikmati hasilnya dalam sebulan dua sahaja.

Proses apa,tentulah proses TARBIYYAH.
Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya.
tidak kira siapa pun kita..
sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar.
cuma, kita perlu berusaha ke arah itu,
carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu.InshaAllah….