: BITTERSWEET MEMORY :

Thursday 10 December 2009

fuy-oh!
dah lame gile rupenye aku tak update blog.
fuy-oh fuy-oh! cam Orix dalam cite Duyung.
Dayah (my little sister) suke gile khatam cd cite tu berpuluh2 kali.
ape yang die suke pun tatau la.
miss dayah ni ekceli, tu yg letak time intro lagi ni. hehehehehe.

SOOOOO,
ape cer semua rakan2 blogger sahabat handai dan teman2 seperjuangan di luar sane?
sehak kah? bagus lah kalo sihat alhamdulillah.
sbb sy pun alhamdulillah semakin athletic sbb gi gym hari2 skarang.
haha bosan nyer pasal.
well, winter break baru je start.
tu yang baru bleh bukak kitab 'Perjalanan Ini Langkah Ini' ni... hihihihi
sorry la yer sebab lame tak mengupdate blog,
biase la, kehidupan kadang2 memang memaksa, dipaksa dan terpaksa.
dengan asaimen lah, itu lah ini lah.
haih.. tp sekarang yahoooooo! da bleh goyang kaki senang hati tali kecapi kenyang perut tambah lagi ; ) hahaha suka suki aku jer.
maap la yer, sy ni ticer BI, bukan BM.
so errors should be tolerated lah eh? ; )

"Bittersweet Memory"...
takde la minat sangat pun band Bittersweet tu, tapi lagu Perfect Match tu mmg layan zassss jugak la kadang2.
so kenapa bittersweet memory eh?
haaaa. meh nak share sket.
nih tajuk poem aku recite semalam (10th December 2009) ntok Farewell Party for My Cohort 4 seniors.
fuhhhhhhhhhhhhhhh.... wa cakap lu beebbbbb...
tangkap leleh beb....
haihhhhh...
siyesly mmg cuak la kan nak perform since dah lame tinggalkan dunia persembahan pentas ni.
ingatkan nak kontrol bagi taknak nangis mase perform, tp haihhhhh. jatuh jugak seketul dua air mata aku bila tengok penjuru kiri dan kanan, orang depan orang belakang mule menteteskan air mata mase aku bace poem tu.
besar jugak rupanya impact pembacaan poem aku tu.
bukan ape, bile kite sampaikan isi hati kita dalam bentuk ilham sajak pastu sampaikan kat orang bagi orang denga, kesannya mmg superb lah kot.
heeeeee, all in all, rase super duper happy sebab dapat hadiahkan poem recital tu ntok kakak2 n abang2 Cohort 4 yg dah nak balik Malaysia for good.
wow! berbaloi gak eh jadik bidang terjun this time, alhamdulillah. kesannya terbaekk!
sampai aku plak yg terharu lebey2 dengan feedback yang diberi oleh rakan-rakan juge lecturer.
mungkin orang baru bleh nampak bakat persembahan pentas aku ni di sebalik kesengalan aku yang teramat ni.
MASYHI NORDDIN IS BACK!

YEEAHHH MASYHI NORDDIN IS BACK! WATCH-OUT!
Takkan ku biarkan bakat yang Allah kurniakan ni begitu saja.
Dah lame dah aku sia-siakan bakat Allah bagi ni.
aargghhh aku tak kire, I'm gonna go for it.
nak cuba pekakkan telinge dengan mulut2 dengki dan yg paling penting, aku nak pecahkan barrier LOSER dalam diri ni yang dah lame aku tak bom.
I KNOW I CAN DO IT!
saya kan anak Puan Faridah & Tuan Haji Che Norddin.
ke mana tumpah kuah tomyam santan kalo tak ke? ..... mulut saye. hehehehehe
pape pon, doakan yang terbaik ntok sy k semueee.. ; )
Lepas ni, mmg nak try cari lubang yang sepatutnya supaye leh kembangkan bakat yang ade ni.
Semoga Allah berkati usahaku ini ^___^
sebab takde gune kan kalo berjaya kalo Allah tak redha and berkati.

Insya-Allah,
takkan ku biarkan lagi sinar iman dan islam yang ada dalam diri skrang ni di robek kembali oleh syaitan yang licik, sentiasa mahu menyesatkan manusia.

Hidup dan matiku hanya untuk Allah, bukan lagi untuk manusia.
Allah dekat je ngan saye.
Allah sayang saye.
Allah rindu saye.
Allah tau yang terbaik untuk saya.
Allah takkan biar saya berduka lama-lama.
oleh sebab itu, sy mahu mengejar syurga Allah.
supaye dapat bertemu Allah suatu hari nanti.
supaye dapat reunite kembali dengan sahabat2 dan teman2 serta ahli keluarga di syurga yang kekal abadi, santai2 bergembira.
kerana itu janji Allah untuk orang yang menuruti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Surah At-tawbah Ayat 129 which is last ayat yang bermaksud ;
"Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah, 'Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung".

So, mari lah sama-sama kita ingatkan diri sendiri and kawan2 kite, orang2 yang kite sayang serta seluruh pelusuk dunia ini untuk kembali kepada Ya Khaliq.
Allah Maha Besar, Allah Berkuasa Atas Setiap Kejadian.

Allah Maha Mengetahui, mungkin pada kita hidup penuh bittersweet, tapi kita tak pernah boleh agak and jangka apa yang terbaik yang Allah mahu berikan kepada kita.

mungkin bitter dahulu kemudian sweet? berdoalah.............. ^__^
Till then.

EMBUN kah kita?

Thursday 15 October 2009
Hai Salam Alayke everyone..
hope segar bugar macam ikan2 di pasar segar semuanya..
sy pun sihat alhamdulillah di samping suami dan anak-anak (koya ado suami n anak-anak tok teheynyo :D :D JK )

SO...
bagaimana kehidupan? OK? KO?
Tunggang Langgang?
ke Bersinar Terang-Benderang?
Hope semuanya baik-baik saja lah.

Ekceli skarang ni dah mencecah pkol 1.44 am 16 Oktober 2009.
Off-task sebentar setelah tertenyeh muka membaca buku-bukuan yang dipinjam dari Library Marjon tengahari tadi.
Well... mood tengah rajin , baik aku layan zasss aja kan?
Sape setuju angkat bulu kening kanan paling ujung?
miahahahahhahahahahahaha.. mbeekkk ko!
mesti tak dapat kan.
sbb aku pun tak dapat. haha

tapi kenapa aku tak dapat ek?
.......OOOOOOOooooOOOOooooOOOOOOOO.....
rupanya Aku Bukan Siapa-Siapa.
Dah nama manusia tu sifatnya tak perfect.
So, sape2 yang PERNAH meninggi diri, blagak nak mampuit bagai nak rak sebab pangkat harta dan kedudukan, bawak2 la bertaubat.
OoOOOOoooOOOPPs, terkasar ke?
sorii.. sengaja! :D

Ye laaa..
Sifat manusia gak kan.
Kadang2 die tak sedar pun apa yang dia buat.
('Dia' di sini merujuk kepada semua manusia secara general ye? jangan ade yang datang buat serangan bertali arus kat blog aku ni sudeeyhhhh )
Oleh kerana itu,,
sudilah kiranya hati dan jiwa itu di tampar-tampar, disepak-sepak, di lantun-lantun sengkali sengkala.
bukan apa.
untuk kita sedar diri la.
bahawa KITA BUKAN SIAPA-SIAPA.

DUNIA HANYA PINJAMAN,
akhirat jua yang kekal abadi.

EHHH jap jap.
Apsal topik aku pasal EMBUN eh hari ni?
Adeh, tersasar jauh dah nampak nye ni.

Tapi tak pe.
jangan isao jangan gelabah lebey.

Sebab EMBUN tu tiap2 hari kita bleh sentuh.
Sebab tiap2 malam menghala ke pagi buta muncullah ia.
So, jangan risau okkeh?
EMBUN takkan ke mana-mana.

Sape tengok cite EMBUN?
Sian hekk kot kat Ida Nerina kan.
Walaupun tu hanya dalam pentas lakonan, tapi tu lah realiti kehidupan sebenarnya.
Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.
Kadang kita happy tak hengat dunia, kadang ingatan pada akhirat mendamaikan kesedihan kita.
Kadang kita lupa pada Allah, kadang hati and jiwa tu bertegur pabila terlaung kalimah LAILAHAILLAH.

SO????

Mahukah kita mahu jadi seperti EMBUN?
Yang dalam blog ni aku nak definisikan sebagai 'Lip Lap Lip Lap Anak Mami'.
(Jap2, apsal lip lap lip lap anak mami eh? haha. sengal sumguh Masyhi Norddin ini. Haha saje wat korang cuak. Yessss! Teknik penceritaan suspens aku sukses! :D )
Lip lap lip lap anak mami macam EMBUN la,
sekejap ada sekajap tak ada,
datang dan pergi,
bersilih ganti,
macam chipsmore kejap ade kejap tak ade, (OOOPS sori kakyan, no offence ye? XD )
macam tuka aksesori keta setiap gali dapat gaji.
Kalau nasib baik, dapat ah stereng MOMO ke,
body keta cam keta ARENA from Jepun to ke,
rim taya keta Black Racing ke.
Naseb ah babe.
Tapi itulah EMBUN.
Skali die banyak, memang basah lencun lah seluar kalau jalan atas rumput.
Time die sket, bleh la skadar bergurau senda ngan dedaun kat taman bunga di pagi hari.
Time die takde, haaaaaaaaaaaaa menganga lah ko tercari2.
Again.. ITULAH EMBUN.

So,..
Hope korang dah dapat la maksud tersirat yang aku cuba nak sampaikan.
HA LU PK LAH SDIRI! (Nabil, 2008)
Kena quote nih, kang tak pasal2 kena chop plagiarism plak aku. haha

Senang cite cam ni lah.
Kita nak jalani hidup kita dengan cara yang bagaimana?
Supaya pahala dapat berkat dapat dan diskaun hidup di dunia pun dapat.
Haaa... gimana ya ibu2 bapak2?

TAK ADA JALAN KELUAR.
Ikut macam saya.
TAK ADA JALAN KELUAR!!

Nak ke tak nak, kita kena cari KEREDHAAN ALLAH.
And nak cari keredhaan Allah tu bukanlah susah kalau kita ikut sunnah2 dan ajaran Rasulullah.
AND BUKANLAH SENANG KALAU KITA ASYIK LARO DENGAN TIPU DAYA DUNIA.
Jadi di sini, perlu lah kita menjadi mujahadah sket.
Berjihad...
Macam Tok Janggut pertahankan Kelantan.
Macam Rentap,
macam sape lagi.
Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh.
Dato' Maharaja Lela, Pandak Indut.
Dan ramaaaaaiii lagi yang tak cukup 88 muka surat pun kalau tulis semua ni.

Semuanya atas tiket Berperang yakni BERJIHAD!
SO, kawan2, ayuh berjihad fisabilillah.
Jihad perang hawa nafsu, godaan tak-leh-blah si syaitan, bisikan seksi si iblis untuk menyesatkan cucu cicit Nabi Adam.

AYUH BERJIHAD! AYUH AYUH AYUH!!!
(tetibe cam rase nak kibarkan Jalur Gemilang sebab semangat dah ni, naik sehh ore klate kato)

Yang paling penting is...
Apa bekalan yang akan kita bawa untuk bertemu Allah kelak?
Tupperware yang jenis macam mana yang kita nak sumbat dalam beg time nak cium bau syurga nanti? Emas? Berlian? keerrrrrr tupperware samah sor (50 sen satu) tu je?

Semuanya dah tertulis.
Yang beriman INSYAALLAH masuk SYURGA.
Yang kafir KONFEM masuk NERAKA.

Allah tak jadikan manusia untuk buat dosa,
but it's all about matter of choices.
Jalan PUTIH ke jalan HITAM.

Fitrah manusia dah sangat2 sesuai dan tally dah dengan hukum Allah dan sunnatullah.

Dalam Surah Qaaf Ayat :

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,”
(Qaf: 16)


Tapi REALITINYA kenapa masih ramai yang ingkar?
Tapi kenapa masih ramai orang Islam masuk Blanc, Zouk, Mansion , Aloha mengalahkan orang kafir?
Tak malu ke?
(Mengingatkan diri sendiri juga yang sentiasa lalai leka dan alpa)

Ya Allah, ampunilah dosaku. kekhilafanku Ya Allah.

Surah ALI IMRAN, Ayat 31.
Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku; nescaya Allah mengasihimu dan mengampuni dosa-dosamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Hadis Bukhari :
Hadits Bukhari tentang sikap Allah kepada hamba-Nya yang berusaha mendekati-Nya:

“Jika seorang hamba mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta; jika ia mendekati-Ku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa; jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari”

“Dan tiada bertaqarrub (mendekat) kepada-Ku seorang hamba dengan sesuatu yang lebih Ku sukai dari pada menjalankan kewajibannya ”

Jadi jom sama-sama kita tundukkan wajah kita, beristighfar berselawat, mohon keampunan
Allah atas segala bagai dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Dari Allah kita datang,
dan kepada Allah jua lah kita kembali.

Apa-apa pun,
jangan stress2 sangat.
Lepak chill okke.
Tapi lepak chill ikut sunnah lah ye? hikhik.
DON'T BE SAD.

LAA TAHZAN.
Surah At-tawwbah Ayat 40.
"Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
SOooooo Schhweeeet kan Tuhan kita?
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Akhir kata, hanya satu ku pinta,
kira dari meja penulis ah ni. hihi
Saaattttuuuuuuuu je.
tak banyak pun.

:::::: WHICH IS ::::::
Andai kata satu hari korang tnampak saya macam dah weng weng, lupa, lalai dan leka,
sila sila dan sila tepuk2 tampar sikit untuk tegur iman saya.
Fitrah manusia : PELUPA!

Saya nak masuk syurga.
Jumpa Allah.

Sekian.

Yang baik dari Allah The Almighty.
Yang buruk datang dari diri hamba pacal yang hina ini.
Aku bukan siapa-siapa (Ulang 8888 kali)
















bila suda sampai plymouth

Wednesday 7 October 2009
oh kehidupan.......

oh KEHIDUPAN... terpaksa meng'alter' balik diri mu supaya aku siap untuk adapt kembali environment di sini...
bukanla aku benci duk sini.. hepi jerrr...
tapi kengkadang tu baru la datang perasaan nak appreciate negare sendiri...
btol la si dia kata, "You dunno what you got till it's gone". Sangat betul okke?
So, moral of the story? HARGAI TIKO ADO. a.k.a Hargailah time mende tu masih ade depan mata kita.

Bila dah takde nanti, haaaa jadi la macam aku sekarang ni.
Ummi suke sgt sebut perkataan 'gile meroyann', haaaa ni lah kot gile meroyan kan. haha
Tapi takpe, ini lah dugaan...

Tak menarek la plak hidupan kalo plain jer tanpa dugaan kan. kena la kasik naik roller coster sket, bia jantung duk tang kaki, last2 baru aaa landing baikkkk punya...

tapi tuh la, nak kasik landing baiikk punya or happy ending tu, tugas manusia is berdoa lah kan?

So, Masyhitah! Doa, doa dan terus doa.

After all. memang Allah je pun tempat yang kite boleh bergantung harap, and bukan benda lain or makhluk lain or pihak lain. Orang lain bleh jer tolong kita. tapi kalau nak dibandingkan ngan pertolongan Allah, memang ape sgt la pertolongan manusia tuh kan.

ape2 pon, hadapi dengan senyuman.
Put all the past things apart.

DAN........

kita enjoyyyyyyyyyy kehidupan! Sekian tima kases.

Bahagia di Kampom Halaman

Monday 24 August 2009
syukur.. dipanjangkan umur oleh Allah untuk aku balik bertemu mata berjabat tangan berpelukan dengan ahli keluarga dan kawan2 sahabat handai yang dicintai. saja mahu berkongsi kegembiraan di blog ni.

sampai2 je klia, amin sambut aku kat KLIA dengan bawak nasik kukus Bangi yang terbaekkkkk.

sampai klantan plak, femli aku da ready nak celebrate birthday aku kat kedai colek kerang terbaekkkk kat pulau melaka. thanx ayah umi n adik2. lev ue ol : )

esoknye pule, bergegas ke kl ntok berjumpe sahabat handai iaitu seri, nadia, fatin, aisyah, wana, dila, mighoh di shah alam. mereka menyambut hari jadi ku dengan supraisnye. thanks kawam2. tak expect pon. sumpah aku mmg sayang korang. kawan sampai mati okkeh? : )

lepas bersuka ria bergalak2 dengan gfZZZZ di KL dan shah alam, aku balik kb sekejap sebab nak join kursus ESQ kat perdana resort. subhanallah. banyak gile kowt yang aku dapat. yang paling best, Pak Andi from Jakarta tu sgt best bagi ceramah motivasi. u'll be remembered : )

pastu gi kl balik sekejap lepas kursus motivation tu sebab nak ngambat poso ntok makan makanan KL yang besh2 serta memenuhi undangan mami ntok membantunya memindah rumah serta undangan sahur pertama bersama since ill be back bukak puase pertama dengan femli di kelantan. : ) hanya Allah tau yang terbaik, kita manusia hanya mampu berdoa. tapi ape2 pun. aku takkan pernah lelah untuk yakin akan pertolongan Allah. kerana Allah itu tau ape yang terbaik untuk hamba-hambaNya. ehhhh ape pasal aku cam da lari topik neh? hahahahhahaha layannnn zasss

sekembali di kb, moment terbaekkk is dapat berbuka bersama ahli keluarga, walaupun tak cukup korum, tapi aku cukup bahagia dapat bersama femli. TQ Allah kerana memberi femli yang terbaekkkkk untukku.

so ape lagi kalo da balik KB kan, planning demi planning untuk berjumpa kenalan2 n sahabat2 handai telah di buat. so far, aku da jumpe la ari tu ngan nadiah, anies, syazwan, mubin, afiq azman, juwe, capik ase, leweng, keecah and dayah. and another more coming in. yaaiyyyyyy! cant wait ntok berbuka puasa ramai2 di Food Village esokk! jumpe di saneee!

Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Ramadhan Al-Mubarak ini.
Salam sayang,
Masyhi Norddin.

Allah sayang Masyhi

Wednesday 29 July 2009
Perjalanan Pergi dan Balik Konsert Oasis Penuh Erti

11 July 2009, yeaaiyyyyy! aku berjaya jejakkan kaki ke Wembley Stadium di London untuk memuaskan darah muda ini untuk aktiviti lompat melompat, jerit menjerit di Konsert Oasis, band yang memang aku minat gile babes.

TAPI....
sebelum konsert tu lagi, hati dah macam tak sedap untuk pergi ke konsert tu, sebab agak bersalah untuk pergi ke konsert setelah faham akan Islam yang cukup indah ini. Tapi setelah diconsult dengan kawan2 juga senior2, aku akhirnya tetapkan hati untuk pergi.

Dengan izin Allah,maka pergilahhh Masyhi Norddin, menjadi lone ranger for the 1st time travel dari Plymouth ke London. kerana one of my member from Plymouth tak jadi ikut aku gi London juge. YESSS! berjaya jadi Indie. YESS YESS! Alhamdulillah, selamat pergi dan balik.

Maka tersebutlah cerita, atas takdir Allah juge, aku ke Konsert Oasis hanya berdua. Mungkin ada benarnya kata Acha Septriasa salam lagu Berdua Lebih Baik. Sebab bila berdua ni, perjalanan ke sana ke sini agak kurang cerewet. Alhamdulillah. Siapa hamba Allah yang menjadi teman ke Oasis tu? None other than Kyie Karim. He's one of Naqi's friend. Even aku dah takde pape dah ngan beliau, tapi tak salah kan kalo terus berkawan ngan Kyie? cepat anggukkkkk. haha

OASIS terbaekkkkk! tapi bukan Oasis je yang perform ari tu, ade Kasabian and The Reverend&The Makers hari tu. So sementara intermission persembahan dari band ke band yang lain tu, ade la gap mase dalam setengah jam. SO agak la bosan aku n kyie tatau nak wat ape selain berborak. nak keluar stadium, malas siott. so end up, stay je la dalam stadium tu, and guess what? setelah bercerita hal dan kehidupan masing2, kitorang duk sembang pasal Islam. sangat bestttt perasaan tu. see? kat mane2 pon bley cakap pasal Islam. even dalam Wembley Stadium yang mat salleh penuh kiri kanan duk pegang botol arak sorang satu pun, masih bleh kita berceloteh hal agama kalau kita nak kan. It's all about you want or you don't want. Thank You Allah.

Syukur juge kerana pegi ngan Kyie, sebab die btol2 jage aku since aku sorang je pompuan kan. And he really knew the limit and at the same time menjaga keselamatan aku yang kecik molek apabila nak dibandingkan ngan mat salleh yang gedabak2 itu. Especially mase berduyun2 nak menuju ke Tube Train Station lepas abes concert, phewww! ramai gile beb orang, aku dipenyek2 dihimpi2 je, but Kyie la duk pegang pergelangan tangan kanan aku dengan berlapikkan baju aku supaya aku tak hilang dalam ramai. He's so kind and tau aku cuak and die tak amek kesempatan pun. Kalo g ngan orang lain yang perangai ala2 rock n roll, da konfem2 la batas pergaulan entah ke mane dah kan time tu. Thanks Kyie. You're much appreciated. I mean it.

Lepas dah berjaya melepasi ratusan ribu orang yang naik tube train, kitorang selamat sampai di Bayswater dan memuaskan nafsu perut dekat restaurant berdekatan. Nasib baik ade lagi kedai bukak coz mase tu dah dekat kol 12. Perutku terselamat dari kebuluran yeahhh. Lepas makan, die terus anta aku balik Malaysian Hall and make sure aku da betul2 naik bilik and die pon balik la umah membe die kat Holloway Road tu. Sian die, tepakse lone ranger carik route bus sebab tube train da tutup time tu. Sorry and thanks dude. Maka di situlah kitorang separate.

Sebab lepas SUbuh dalam kol 2 lbeh pagi baru tido, membuatkan aku bangun lambat gile. Seb bek sempat check out. Lepas check out, aku terus menyerbu ikan keli masak merah my favourite di Cafe Malaysian Hall tu seblum bertolak ke Victoria Station untuk amek train balik Plymouth. PHUHHHH! terbaekkk wokkk rasenye. walaupun tak sesedap rase ikan keli or belut kat Jalan Bayam, tapi boleh la sekadar nak memuaskan nafsu serakah makan banyak aku ni. haha. eh eh mane ade, perut saye mane ade perut tong sampah, eh eh mane ade mane ade. hahaha

Setelah penat shopping kat London Bayswater beli souvenir untuk family and sahabat handai di Malaysia, aku pun trus gi Victoria Station. tapi mase tu dalam 3 jam lebih ag, baru train gerak. tapi dek kerana malas nak gerak dengan shopping bag kiri kanan, aku pun stret menuju Victoria. Sampai2 je Victoria, ape agi, melabuhkan punggung kat kerusi tepi escalator untuk ilangkan penat. Tapi tetibe rase dahage bile tenampak sign board COSTA. Dalam kepala aku time tu dah takde yang lain selain "Luxury Hot Chocolate with Marshmallow". OHHHHHH, tulun2, aku kena gi jugak beli. SO ku relakan diri aku bawak shopping bag kirik kanan tu just nak mendapatkan hot chocolate tersebut. Bleh je nak tinggal beg n barang2 aku kat kerusi aku lepak tu, sebab London bukan macam Malaysia yang penyangak perompak sana sini, tapi sebab mungkin masih agi risau kot2 ade yang songlap beg2 aku tu, so aku bawak je la semua semata2 nak g beli kat COSTA tu.

Adehhh, kerusi kat COSTA plak penuh. Ingat nak lepak minum kat COSTA je time tu, tepakse lah take away ngan barang penuh kiri kanan. Orang yang nak beli take away pun SIYESLY ramai yang beratur. so S.A.B.A.R je la time tu kan. sampai ke kat turn aku, minah cashier tu pun amek la order, die bukan mat salleh. tapi muke ala2 minah arab, tapi die free hair. lawa gell. tapi tatau la die Islam ke tak kan.

Mase amek order lagi, die cam da wat muke cam nak hint aku something but aku tak paham sebab die just wat face signal kan. mane la aku nak paham, ingat die nak gurau jer ngan aku mase tanye pasal marshmallow tu. Lepas amek hot chocolate yang aku order n lepas selesai bayar, die ketuk2 meja sket suh aku g dekat die kat kaunter ujung. kaunter tu takde orang pun time tu. RUPA-RUPANYA, die nak hint aku something mase tengah amek order tu pasal marshmallow. Cume mase amek order tu die tak leh cakap terang2 mase tu sebab mat salleh duk beratur penuh belakang aku. TAU TAK APE DIE CAKAP?

Girl A : Sorry I purposedly not to put marshmallow inside your drink.
Me : Errr why is that so?? (dengan muke terpinge2 juge bengkerk)
Girl A : Because the marshmallow we have here has ham (babi)inside it. Since I know you're
Muslim, so i purposedly not to put it. I already exclude the cost for marshmallow
that you want when you pay the bill just now.
Me : (Muke berubah jadi muke terkejut and terharu kottt) OMG.. thank you so much, I
reaaly appreciate it.
Girl A : No worries, actually I wanted to tell you when you order the thing, but there's so
many British there, so I cant tell you directly. I just gave you signal, but I believe you
dont get it ayte?
Me : yeaaa... yeahhhh... no wonder.. thank you so much.

Gile ah, tak dapat nak bayangkan aa prasaan aku time tu, syukur gile kot. Memang syukur gile. Mase aku jalan nak duduk balik kat seat tepi escalator tu pun macam tak percaya dengan apa yang dah jadi. Mungkin bagi orang lain, perasaan ni biase jer kot. tapi bagi aku, sangat LUARBIASA okkeh. Just imagine, how nice she was to tell me bout that and to safe me from eating ham contained in the marshmellow. Sedangkan die belum tentu Islam sebab die free hair kan, tapi tuh la Allah nak selamatkan aku dari makan ham tu melalui minat tu. One phrase je aku terfikir time tu, "syukur syukur dan syukur, Allah sayang aku".

Bile duduk2 tunggu train tu, teringat Kak Yan penah share ngan aku satu surah ni, Surah Muhammad Ayat 7 yang bermaksud;-
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, maka nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

Ayat tu terus terlintas kat fikiran aku time tu bile dok riflek2 pengalaman2 yang sangat berharga kat COSTA. Terbukti lah kebenaran ayat tu terang-terangan. AL-QURAN sebaik2 rujukan. Bukan la nak kate Allah tak sayang aku seblum2 ni, tapi bleh nampak, terang terangan, bile kita 'jaga' agama Allah ni, Allah akan jage kite balik. Insya-Allah. Alhamdulillah, aku selamat dari makan BABI hari tu.

Sedang2 aku dok seronok2 layan perasaan yang sangat best iaitu perasaan Allah sayang tu, tetibe tenampak satu couple Arab dengan anak die dalam stroller sedang cari tempat duduk. Nampak la die dok usha2 tempat duduk seblah aku tapi kebetulan ada mat salleh dah occupy tempat duduk seblah aku tu. So, derang duduk la jauh sket. dalam 10-15 minutes lepas tu, couple mat salleh yang dok seblah aku pun bangun. Lega gile aku time tu, tak yah la aku tengok derang kissing2 tengah alam tu. Meluat aku. Heaven!

Out of sudden, lepas mat salleh tu blah, couple Arab tadi datang balik menuju ke tempat kosong tepi aku. Aku macam dah conscious ar time tu, sebab bukan hape, mamat Arab tu HENSEM gile beb. tapi sebab die dah kawen, terpakse la aku ' Astaghfirullah Hal Azim' jer. hahahahaha. Yer aaa. Zulaikha pun bleh terpikat ngan kehenseman nabi Yusof, ini kan pulak aku yang bukan siapa-siapa ni. Ni semua sebab aku single sekarang, senang jer cair kalo tengok mamat2 ensem ni, ahah astaghfirullahalazimmmm. :D. yer arr, aku jenis setia beb, kalo aku ade laki, sure aku tak tengok dah mamat ensem walau seensem mane pon die. awwwww. i know im loyal. heh.

back to the topic, lepas couple Arab tu menuju ke arah tempat aku duduk, aku pun macam dag control2 aa time tu kan. pastu lepas derang letak2 beg diorang yang gabak2 tu seblah aku, si Mamat Arab yang HENSEM gile tu pon tego aku. OMAIIIIIG.....(speechlesssss)

mat arab : (senyum kat aku)
aku : (senyum balik aa kat die)
mat arab : errr.. are you Muslim? (out of sudden)
aku : Yes, I am Muslim. (spatut aku cakap Alhamdulillah, adehhh)
mat arab : Alhamdulillah, i just wanna ask you to look after our bags because we want to go to
washroom for a while. So, could you please help me looking after my bags? I wont
be long.
aku : Yeahhh.. yeahhhh... Sure2. You dont have to worry since I am here.

Couple Arab tu pun berlalu la ke toilet dengan anak mereka meninggalkan beg2 mereka bersama aku. Cube teke part mane yang paling best?? haaa cepat2.

Part mamat ensem tu datang tegor n cakap ngan aku??? Na'a'a... tidak sama skali. Tapi part yang paling best is when die tanye "ARE YOU MUSLIM??". Rase macam bersyukur gile sebab aku seorang Islamm. And kerana Islam lah, ada sekelumit kepercayaan sesama Islam tu eventhough kami tak kenal pun each other before. Eventhough negara berbeza, culture berbeza. Tapi hanya kerana atas satu dasar iaitu agama Islam, dah tak ada jurang perbezaan tu. how lucky am I to be a Muslim!! thank you Allah.

After couple tu balik dari toilet, aku sempat la borak2 ngan derang. wife die takleh cakap english rupanya, so terpakse la mamat ensem tu jadi translater untuk wife die bile nak cakap ngan aku (hemohemohemo lagi laa i looiike, leh cakap ngan mamat ensem tu haha astaghifrullahalazimmm). anak derang pun comei je, dekat2 2 tahun, ala-ala sebaya Mikhail. terus teringat mikhail. name Rashid. comel sumguh, cam bapak die awwwww. haha gurau jerk.

bile da dekat mase tren nak gerak, aku pun gerak la ke platform.

Tapi terlalu banyak pengalaman aku mase pergi dan kembali dari Konsert Oasis ni.

Yesss, aku dapat peluang untuk tengok concert band kegilaan aku, tapi not just that, aku dapat lebihhh dari tu. yehhhh LEBIH dari tu. Thank You Allah. Thank You.

End of Story.....



: Syukur menjadi INTAN terpilih :

Syukur syukur syukur 786 Alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk masih kekal menjadi hamba-Nya.

pernah tak terfikir kenape maksiat dan kemungkaran makin menjadi2 di serata bumi Allah ni? I just got the answer from one of the usrah yang aku join baru-baru ni.

Kenapa yea? di sini lah term 'bersyukur' sangat2 digunakan. smuanya sebab Allah pilih siapa yang Dia mau beri petunjuk, dan siapa yang tidak. Mereka2 yang melakukan kemungkaran dan kemaksiatan tu belum dapat petunjuk atau belum cuba ntok faham keindahan Islam ini. TETAPI... harus diingatkan yang ini tak bermakna kita harus berhenti berusaha atau berhenti berharap, kerana Allah tak kan mengubah nasib hamba-hamba-Nya kalau kita tak berusaha mengubahnya. Insya-Allah ingatan untuk diri sendiri jugak.

Syukur kerana diberi peluang untuk mengenal Islam dengan lebih dekat. Tak terucap oleh kata-kata bagaimana nak gambarkan perasaan apabila dapat mendekati Islam begini. Thank You Allah serta terima kasih ahli keluarga dan kawan2 yang tak jemu2 support dari belakang. Hanya Allah mampu membalas jasa baik kalian.

Yeaa... malu dengan Allah.. malu dengan diri sendiri, apabila ingat balik cara hidup sebelum ni yang penuh dengan tipu daya syaitan. Tahniah kepada syaitan berjaya menyesatkan ku sesesat-sesatnya. Islam ku seblum ni hanya lah pada nama sebab nama ala-ala Arab kerana ada perkataan 'Nur' serta nama tokoh perempuan Islam yang disegani iaitu tukang sisir kepada Firaun dan Islam ku sebelum ini hanyalah juga pada tudung. (sound so wrong right?) tapi itu lah dia.

And aku tak akan benarkan lagi untuk syaitan2 itu menyesatkan ku ke arah kancah maksiat dan kemungkaran, kerana ini lah JIHAD untuk menjadi mujahadah solehah. Aminnnnn.....

Ya Allah.. tetapkan hati dan iman hamba-Mu ini ya Allah untuk terus berada di jalan yang diredhai-Mu Ya Allah.... Kuatkan semangat dan berikan ketabahan kepadaku dalam urusan perjuangan agama-Mu ini Ya-Allah...

Dari Engkau aku datang, dan kepada Engkau aku kembali.

Wallahu'alam.


cubaan menulis


helo2 testing2.. haa boleh pun.. wahhhh... something unbelievable, bile masyi start menules yeahhh.. knape ye tibe2 trase mau menulis? haaa try pikey kenape.. asbab(pekataan baru belaja) nye adalah..... terlalu banyak yang mahu diceritakan and dikongsikan pada dunia. yessss... terlalu banyak. thus, blog ini ku namakan Perjalanan Ini Langkah Ini. sekadar mahu berkongsi pada rakan2 teman2 ahli keluargan serta para pembaca yang budiman sekalian. rhyme itu penting okkeh. haha "Selamat Membaca". -masyhitah norddin