: Freedom Flotilla Diserang-Malaysia Terus Berdengkur Dalam Dakapan APCO :

Wednesday, 2 June 2010
Israel - tanpa mempedulikan kutukan dunia - membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!

Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera.

Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan - membawa makanan dan ubatan - untuk ummat Palestin yang telah lama menderita, Israel tidak teragak menumpahkan darah mereka.

Bersama di atas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi ini ialah rakyat negara kita. Kita sangat berbangga!

Mungkinkah mereka juga terkorban?

Erdogan, Perdana Menteri Turki, juga harus kita banggakan. Mavi Marmara adalah kapal Turki.

Turki memberikan reaksi pantas. Duta Israel di Ankara diminta berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar.

Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat.

Malaysia?

Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini. Menteri Luar masuk tidur begitu awal?

Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?

Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera. Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.

Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu.

Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat.

Dalam respon segera, DAP, Pemuda UMNO, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.

Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco.

Bagi rakyat Kelantan, menerusi NGO Cakno Palestin, mereka kini menaja sekitar tiga puluh pelajar anak-anak kelahiran Palestin belajar di negara ini.

Jumlahnya kecil tetapi ia boleh ditambah jika dana sedia ada dapat didokong bersama rakyat Malaysia yang prihatin.

Dengan luka yang dilakukan oleh Israel kini, menjadi kewajipan kita serius dalam keprihatinan kita terhadap penindasan tak kunjung tamat oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin.

Husam Musa
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan

sumber:Topeng Perak Unmasked

: Kenyataan Barisan Ulama' Seluruh Dunia Mengenai Serangan Israel Zionis Ke Atas Kapal Yang Membawa Misi Kemanusiaan Ke Gaza - MUST READ! :

Posted on 02 June 2010 by admin


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Penolong orang-orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang-orang yang angkuh dan ganas. Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Sayyidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat-sahabatnya.

Sesungguhnya barisan ulamak yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando-komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai Negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulamak beserta majoriti umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan kecewa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.

Barisan ulamak juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis. Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada’ dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang-orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza, kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.

Justeru, barisan ulamak menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulamak mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.

Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah Negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan Negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.

Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuhan, institusi-institusi, rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini.

Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama: Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu reality yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah:87)

Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan talibarut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.

Kedua: Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negative sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang-ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya. Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua Negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah. Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka. Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini. Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara-bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?

Ketiga: Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar. Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung. Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.

Keempat: Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuhan serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki. Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.

Kelima: Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Negara Arab, Negara Islam dan semua Negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan. Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.

Keenam: Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan-keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah Negara. Dedahkan identity mereka dan usir mereka dari semua Negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.

Ketujuh: Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.
Oleh kerana ulamak dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulamak dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang. Ulamak dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya.

Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!

Ditandatangani oleh:

Dr. Sofwat Hijazi - Mesir, 
Dr. Muhammad Musa asy-Syarif – Saudi, 
Dr. Solah Sultan – Mesir, 
Syeikh Salim asy-Syeikhi – Libya, 
Syeikh Muhammad al-Amin – Bahrain, 
Syeikh Majd Makki – Syria, 
Syeikh Akram Kassab – Mesir, 
Dr. Hamdy Arsalan – Turki, 
Dr. Khalid Hanafy – Mesir, 
Dr. Muwaffaq Kadasah – Saudi, 
Dr. Sa’eid al-Ghamidy – Saudi, 
Dr. Abdul Ghani at-Tamimy – Palestin, 
al-Qadhi Muhammad Tais al-Jamily – Qatar, 
Dr. Saleh Sowwab – Yaman, 
Syeikh Hasan Qatarji – Lubnan, 
Dr. Muhyiddin Ghazi – India, 
Syeikh Muhammad al-Hasan bin ad-Dadu – Mauritania, 
Syeikh Wasfy ‘Asyur Abu Zaid – Mesir, 
Dr. Ahmad Abu Bakar Jumi – Nigeria, 
Dr. Abdul Hayyi Yusuf – Sudan, 
Dr. Abdul Wahhab ad-Dailamy – Yaman, 
Dr. Umar Abdul Aziz – Mesir, 
Syeikh Khalid Saifullah ar-Rahmany – India, 
Syeikh Amin al-Uthmany – India, 
Dr. Muhammad Abdul Maqsud – Mesir, 
Dr. Abdul Sattar Fathullah Sa’eid – Mesir, 
Dr. Yahya Ismail – Mesir, Dr. Ali as-Solaby – Libya, 
Dr. Ahmad ar-Risuni – Maghribi, 

dan ramai lagi….

Dipetik dari http://zaadut-taqwa.blogspot.com

: WAHAI DUNIA, TIDAKKAH KAU MELIHAT MEREKA?? :

~ARTICLE BY HILAL ASYRAF 31st MAY 2010~


Saya masih ingat saat-saat intifada Palestin kedua bermula pada September 2000, saat pejuang-pejuang Palestina memulakan serangan menggunakan bom manusia, ada suara-suara busuk yang berkata:

“Apa la mereka itu, Israel juga manusia”
“Pengganas. Tidak berbelas kasihan. Tak ada common sense”
“Mujahidin ni pelampau. Ada patut sampai nak bom Israel. Tak fikir ke itu negara orang?”

Hari ini, berita telah sampai kepada saya bahawa Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bawah kelolaan projek Lifeline4Gaza telah diserang oleh askar zionis pada jam 10.30pagi Malaysia, 31hb Mei 2010. Memburukkan keadaan, sekurang-kurangnya 10 aktivis telah terbunuh manakala 30 orang pula tercedera.

Apa salah bantuan kemanusiaan itu? Adakah mereka membawa senjata? Apa salah orang yang terbunuh? Apa silap orang yang tercedera?
Dunia, saya hari ini saya ingin sekali lagi mendengar suara-suara kamu.
Apakah tidak kau melihat kepada mereka?

Itu kapal penyelamat, bukannya pembunuh


Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.
Kapal-kapal itu bergerak untuk merentas Gaza, kerana rasa kemanusiaan yang tinggi untuk membantu saudara-saudara seagama yang kesempitan dikepung dalam tembok kematian. Sungguh keimanan telah menjana ukhuwwah merentas sempadan sebagaimana yang Islam ajarkan. Mereka membawa bantuan-bantuan kemanusiaan yang selama ini tidak diberikan kepada penduduk Gaza.
Kapal-kapal itu, di dalamnya terdapat manusia-manusia yang ikhlas. Saya membaca satu penyataan menyatakan bahawa di dalamnya yang paling muda adalah berumur kurang dari setahun, manakala yang paling tua ada yang melebihi 80 tahun. Semuanya dengan ikhlas menyabung nyawa untuk membantu saudara-saudara yang ditinggalkan. Ditinggalkan Mesir, ditinggalkan Jordan, ditinggalkan Arab Saudi, ditinggalkan Syria, ditinggalkan Lubnan yang berada di sekelilingnya.


Kapal-kapal itu, di dalamnya tiada tentera. Hanya rakyat biasa yang mempunyai kefahaman dan rasa kemanusiaan yang melangkaui manusia yang hanya inginkan dunia.
Tetapi kapal-kapal itu diserang hingga menyebabkan ada yang terbunuh dan tercedera.
Oh dunia, tidakkah kau melihat kepada mereka? Negara yang bernama Israel itu dan apa yang dilakukan oleh mereka?
Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.



Israel Zionis yang kamu pertahankan itu
Wahai kamu kamu yang bersuara busuk selama ini. Yang menyatakan Israel Zionis juga manusia. Yang pernah berkata kepada saya bahawa Israel juga ada hak untuk mempertahankan dirinya. Yang pernah mengherdik saya menyatakan bahawa Israel juga ada hak asasi mereka. Yang pernah memarahi saya menyatakan bahawa Israel tidak patut diganggu dan sepatutnya berdamai sahaja dengan mereka.


Wahai kamu kamu yang bersuara busuk ini. Saya ingin kamu melihat apa yang berlaku hari ini. Israel Zionis yang kamu pertahankan itu yang menyerang kapal-kapal kebaikan hari ini. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai bala tentera untuk mempertahankan diri. Yang di dalam kapal itu tidak mempunyai senjata untuk digunakan apatah lagi diberi kepada mujahidin. Yang di dalam kapal itu hanya penuh dengan bantuan kemanusiaan berbentuk keperluan penting buat yang tersepit.
Israel Zionis yang kamu pertahankan itu, tidak segan silu terang-terangan menyerang kapal kebaikan itu. Lihatlah bagaimana mereka berkelakuan. Lihatlah bagaimana mereka membuat perhitungan. Lihatlah bagaimana mereka beradab dengan kebaikan.


Apakah satu perkara yang melampau memberikan bantuan kemanusiaan?
Lihatlah betapa kejamnya mereka dengan mata akal kamu yang waras.
Inilah sebabnya Mujahidin Palestin hingga sampai perlu mengebom diri mereka dalam menentang mereka. Sungguh, mereka itu gila tanpa jiwa. Inilah sebabnya tiada perjanjian damai lagi buat mereka. Kerana setiap kali berdamai mereka mengingkarinya.
Inilah dia Israel Zionis yang kamu pertahankan itu.
Yang kamu kata dia juga manusia.
Apakah kamu meragui kenyataan yang diberikan oleh Allah SWT?

(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” Surah Al-Baqarah ayat 75.


“Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” Surah Al-Baqarah ayat 89.


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Surah Al-Baqarah ayat 120.


Kejadian hari ini adalah salah kamu

Kenapa Israel berani lakukan apa yang mereka lakukan hari ini?
Sebab selama ini dunia menutup mata dan membiarkan mereka. Sebab selama ini dunia menyokong dan terus menyokong agenda mereka. Dunia membutakan mata, memekakkan telinga, menyembunyikan tangan, dan berdiam diri sahaja.


Islam tidak diambil sebagai kehidupan. Palestina kamu pandang sebagai negara lain. Kamu tunduk pada kehidupan sekutu Israel. Kamu biarkan jiwa kamu terbius, kamu lepaskan anak-anak kamu juga turut terbius. Kamu pimpin negara kamu dalam tatacara hidup mereka melahirkan rakyat-rakyat yang juga terbius.
Salah kamu. Salah kamu. Salah kamu.

Sebab itu hari ini, mereka tidak segan lagi terang-terangan menyerang.
Berita saya dapat dari twitter sahabat al-aqsa adalah seperti berikut:
Israel tetap menembakkan gas air mata…memaksa peserta Freedom Flotilla keluar dari kapal….KAMI TIDAK AKAN MENYERAH!! ALLAHU AKBAR!!!
“Kira2 pkl4.30 am tadi,prajurit Israel turun dr helikopter kedek kapal Mavi Marmara,&lgsg menembaki orang2 sipil yg tidak bersenjata disana.
Twitter ini disiarkan sekitar setengah jam yang lalu.
Ya, itulah dia. Seakan-akan Israel berkata dengan lantang: “Kami tidak kisah. Sebab apa pun yang kami lakukan, dunia tetap akan menyokong kami dan berdiam diri”
Oh kamu. Apa yang telah kamu lakukan?

Tidakkah Allah sudah berfirman:
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya,” Surah Al-Anfal ayat 72.


“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya( membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.


Kalaulah selepas ini dunia terus membutakan mata

Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya buta. Maka saya rela maafkan ketidak pekaan mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya kudung. Maka saya rela maafkan ketiadaan tindakan daripada mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya bisu. Maka saya rela maafkan kebisuan mereka.
Tetapi saya sangat maklum bahawa dunia ini mempunyai mata, tangan dan suara.
Sungguh, saya terluka kepada mereka yang tidak menghiraukan perkara ini walau sudah terjadi keadaan seperti hari ini. Saya terluka kepada mereka yang masih mengambil kehidupan musuh Allah sebagai peraturan hidup. Saya terluka kepada mereka yang masih mencanangkan bahawa Israel adalah manusia yang ada hak asasinya.
Saya terluka, kalau selepas ini, tiada apa-apa yang dilakukan oleh dunia.
Ini yang Israel lakukan, pada saat dunia semuanya sedang menyaksikan konvoi itu secara langsung. Ini yang Israel lakukan, walau konvoi itu diperhatikan secara LIVE melalui internet.
Bagaimana agaknya yang Israel lakukan terhadap penduduk Gaza, yang terputus dari dunia luar?
Kalau selepas ini akal kamu masih tertutup, maka ketahuilah bahawa kamu tergolong kalangan manusia-manusia yang hancur.
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” Surah Al-Anfal ayat 73.


Oh jangan risau. Kamu akan dihitung


Jangan risau wahai Israel Zionis. Juga jangan risau konco-konco kepadanya. Jangan juga risau wahai yang berkomplot bersamanya. Juga jangan risau kepada yang menyokong mereka.
Kamu semua akan dihitung. Kamu semua akan dihitung. Kamu semua akan dihitung.

(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku”
Surah Adz-Dzariyyat ayat 5-6.
Tuhan saya, tuhan mereka yang berada di Gaza, tuhan mereka yang berada di atas kapal konvoi, tuhan mereka yang mati atas kezaliman tangan-tangan kalian, tuhan mereka yang tercedera apabila kamu merampas kapal, tuhan yang satu untuk seluruh ummat di dunia, juga tuhan kamu yang sebenarnya, Dia, Allah, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat Tiada Tandingannya, Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya, Pencipta Kepada Neraka, sungguh Dia akan menghitung kamu.

Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya) , dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami).” Surah Al-An’am ayat 158.

Saya bersabar jika Allah melambatkan hukumanNya ke atas kamu. Sungguh, itu tanda sinar kasih sayangNya buat kamu masih belum luput. Tetap Dia memberikan peluang seperti peluang yang Dia berikan kepada yang membakar Ashabul Ukhdud.

Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat,(ini adalah tanda bahawa, sekiranya mereka bertaubat, maka mereka akan selamat) maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” Surah Al-Buruj ayat 10.

Tetapi bila tiba waktunya, Dia akan menghukum kamu.
Tidak di dunia, di akhirat sana pasti perhitunganNya terlaksana.
Beratnya, hingga kamu bercita-cita bahawa kamu tidak pernah dilahirkan di dunia.
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterang an yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” Surah An-Naba’ ayat 40.

Takutnya, hingga kamu merayu dikembalikan semula.
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin” Surah As-Sajadah ayat 12.


Kamu tiada pengakhiran yang gembira, oh musuh-musuh Allah yang celaka.
Mati kamu di neraka, syahid kami di Syurga.
Mati kamu merana, mati kami disiram bahagia.
Kamu akan dihitung. Kamu akan dihitung. Kamu akan dihitung.
Dan saya berharap-harap, Allah akan menjadikan saya antara wakilNya dalam menumbangkan kamu di atas dunia. Ketahuilah, saya bukan manusia yang berharap sahaja. Saya manusia yang berusaha.


Penutup: Ini garisan antara kita.

Berdiam diri, atau melakukan sesuatu.
Inilah dia garisan antara kita. Yang membezakan orang-orang yang benar keimanannya atau yang palsu semata.
“Habis, apa yang boleh saya lakukan?” Mungkin itu yang anda tanyakan.
Macam-macam. Khas untuk konvoi, kita boleh solat hajat dan berdoa. Untuk perjuangan ini, kita boleh mula dengan ubah diri kita dan ajak manusia lain kembali kepada Allah.
Masalah Palestina bukan masalah kenegaraan. Masalah Palestina adalah masalah ummah. Perhatikan sejarah. Palestina hanya mampu aman apabila ummah berada dalam kondisinya yang terbaik. Zaman Saidina Umar dan zaman Salahuddin Al-Ayubi, kamu kajilah ummahnya bagaimana. Palestina hanya menderita, pada zaman ummah rosak dan berpecah belah. Selaklah sejarah, hari-hari Palestina ditawan semula dari tangan orang Islam dan bagaimana kondisi ummah ketika itu.
Ada yang berjuang mempertahankan Palestina dengan senjata. Mereka yang berada di dalam Palestina sendiri tidak henti-henti merawat jiwa-jiwa di sana. Ada pula yang berjuang seperti yang berada di atas Marmara Mavi, yang menyertai konvoi-konvoi keselamatan. Dan ada pula yang berjuang dari luar Palestina dengan merawat jiwa-jiwa ummah yang tercedera dengan jahiliyyah.
Tetapi berdiam diri, tidak termasuk salah satu daripadanya.
Sungguh, ini garisan antara kita.
Yang membezakan orang-orang yang duduk ketakutan, dengan orang-orang yang berdiri dengan yakin penuh keberanian.


“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nisa’ ayat 95-96.
____________ _________ _________ _________ _________ _________
Rujukan berita dari: