: BITTERSWEET MEMORY :

Thursday, 10 December 2009

fuy-oh!
dah lame gile rupenye aku tak update blog.
fuy-oh fuy-oh! cam Orix dalam cite Duyung.
Dayah (my little sister) suke gile khatam cd cite tu berpuluh2 kali.
ape yang die suke pun tatau la.
miss dayah ni ekceli, tu yg letak time intro lagi ni. hehehehehe.

SOOOOO,
ape cer semua rakan2 blogger sahabat handai dan teman2 seperjuangan di luar sane?
sehak kah? bagus lah kalo sihat alhamdulillah.
sbb sy pun alhamdulillah semakin athletic sbb gi gym hari2 skarang.
haha bosan nyer pasal.
well, winter break baru je start.
tu yang baru bleh bukak kitab 'Perjalanan Ini Langkah Ini' ni... hihihihi
sorry la yer sebab lame tak mengupdate blog,
biase la, kehidupan kadang2 memang memaksa, dipaksa dan terpaksa.
dengan asaimen lah, itu lah ini lah.
haih.. tp sekarang yahoooooo! da bleh goyang kaki senang hati tali kecapi kenyang perut tambah lagi ; ) hahaha suka suki aku jer.
maap la yer, sy ni ticer BI, bukan BM.
so errors should be tolerated lah eh? ; )

"Bittersweet Memory"...
takde la minat sangat pun band Bittersweet tu, tapi lagu Perfect Match tu mmg layan zassss jugak la kadang2.
so kenapa bittersweet memory eh?
haaaa. meh nak share sket.
nih tajuk poem aku recite semalam (10th December 2009) ntok Farewell Party for My Cohort 4 seniors.
fuhhhhhhhhhhhhhhh.... wa cakap lu beebbbbb...
tangkap leleh beb....
haihhhhh...
siyesly mmg cuak la kan nak perform since dah lame tinggalkan dunia persembahan pentas ni.
ingatkan nak kontrol bagi taknak nangis mase perform, tp haihhhhh. jatuh jugak seketul dua air mata aku bila tengok penjuru kiri dan kanan, orang depan orang belakang mule menteteskan air mata mase aku bace poem tu.
besar jugak rupanya impact pembacaan poem aku tu.
bukan ape, bile kite sampaikan isi hati kita dalam bentuk ilham sajak pastu sampaikan kat orang bagi orang denga, kesannya mmg superb lah kot.
heeeeee, all in all, rase super duper happy sebab dapat hadiahkan poem recital tu ntok kakak2 n abang2 Cohort 4 yg dah nak balik Malaysia for good.
wow! berbaloi gak eh jadik bidang terjun this time, alhamdulillah. kesannya terbaekk!
sampai aku plak yg terharu lebey2 dengan feedback yang diberi oleh rakan-rakan juge lecturer.
mungkin orang baru bleh nampak bakat persembahan pentas aku ni di sebalik kesengalan aku yang teramat ni.
MASYHI NORDDIN IS BACK!

YEEAHHH MASYHI NORDDIN IS BACK! WATCH-OUT!
Takkan ku biarkan bakat yang Allah kurniakan ni begitu saja.
Dah lame dah aku sia-siakan bakat Allah bagi ni.
aargghhh aku tak kire, I'm gonna go for it.
nak cuba pekakkan telinge dengan mulut2 dengki dan yg paling penting, aku nak pecahkan barrier LOSER dalam diri ni yang dah lame aku tak bom.
I KNOW I CAN DO IT!
saya kan anak Puan Faridah & Tuan Haji Che Norddin.
ke mana tumpah kuah tomyam santan kalo tak ke? ..... mulut saye. hehehehehe
pape pon, doakan yang terbaik ntok sy k semueee.. ; )
Lepas ni, mmg nak try cari lubang yang sepatutnya supaye leh kembangkan bakat yang ade ni.
Semoga Allah berkati usahaku ini ^___^
sebab takde gune kan kalo berjaya kalo Allah tak redha and berkati.

Insya-Allah,
takkan ku biarkan lagi sinar iman dan islam yang ada dalam diri skrang ni di robek kembali oleh syaitan yang licik, sentiasa mahu menyesatkan manusia.

Hidup dan matiku hanya untuk Allah, bukan lagi untuk manusia.
Allah dekat je ngan saye.
Allah sayang saye.
Allah rindu saye.
Allah tau yang terbaik untuk saya.
Allah takkan biar saya berduka lama-lama.
oleh sebab itu, sy mahu mengejar syurga Allah.
supaye dapat bertemu Allah suatu hari nanti.
supaye dapat reunite kembali dengan sahabat2 dan teman2 serta ahli keluarga di syurga yang kekal abadi, santai2 bergembira.
kerana itu janji Allah untuk orang yang menuruti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Surah At-tawbah Ayat 129 which is last ayat yang bermaksud ;
"Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah, 'Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung".

So, mari lah sama-sama kita ingatkan diri sendiri and kawan2 kite, orang2 yang kite sayang serta seluruh pelusuk dunia ini untuk kembali kepada Ya Khaliq.
Allah Maha Besar, Allah Berkuasa Atas Setiap Kejadian.

Allah Maha Mengetahui, mungkin pada kita hidup penuh bittersweet, tapi kita tak pernah boleh agak and jangka apa yang terbaik yang Allah mahu berikan kepada kita.

mungkin bitter dahulu kemudian sweet? berdoalah.............. ^__^
Till then.

EMBUN kah kita?

Thursday, 15 October 2009
Hai Salam Alayke everyone..
hope segar bugar macam ikan2 di pasar segar semuanya..
sy pun sihat alhamdulillah di samping suami dan anak-anak (koya ado suami n anak-anak tok teheynyo :D :D JK )

SO...
bagaimana kehidupan? OK? KO?
Tunggang Langgang?
ke Bersinar Terang-Benderang?
Hope semuanya baik-baik saja lah.

Ekceli skarang ni dah mencecah pkol 1.44 am 16 Oktober 2009.
Off-task sebentar setelah tertenyeh muka membaca buku-bukuan yang dipinjam dari Library Marjon tengahari tadi.
Well... mood tengah rajin , baik aku layan zasss aja kan?
Sape setuju angkat bulu kening kanan paling ujung?
miahahahahhahahahahahaha.. mbeekkk ko!
mesti tak dapat kan.
sbb aku pun tak dapat. haha

tapi kenapa aku tak dapat ek?
.......OOOOOOOooooOOOOooooOOOOOOOO.....
rupanya Aku Bukan Siapa-Siapa.
Dah nama manusia tu sifatnya tak perfect.
So, sape2 yang PERNAH meninggi diri, blagak nak mampuit bagai nak rak sebab pangkat harta dan kedudukan, bawak2 la bertaubat.
OoOOOOoooOOOPPs, terkasar ke?
sorii.. sengaja! :D

Ye laaa..
Sifat manusia gak kan.
Kadang2 die tak sedar pun apa yang dia buat.
('Dia' di sini merujuk kepada semua manusia secara general ye? jangan ade yang datang buat serangan bertali arus kat blog aku ni sudeeyhhhh )
Oleh kerana itu,,
sudilah kiranya hati dan jiwa itu di tampar-tampar, disepak-sepak, di lantun-lantun sengkali sengkala.
bukan apa.
untuk kita sedar diri la.
bahawa KITA BUKAN SIAPA-SIAPA.

DUNIA HANYA PINJAMAN,
akhirat jua yang kekal abadi.

EHHH jap jap.
Apsal topik aku pasal EMBUN eh hari ni?
Adeh, tersasar jauh dah nampak nye ni.

Tapi tak pe.
jangan isao jangan gelabah lebey.

Sebab EMBUN tu tiap2 hari kita bleh sentuh.
Sebab tiap2 malam menghala ke pagi buta muncullah ia.
So, jangan risau okkeh?
EMBUN takkan ke mana-mana.

Sape tengok cite EMBUN?
Sian hekk kot kat Ida Nerina kan.
Walaupun tu hanya dalam pentas lakonan, tapi tu lah realiti kehidupan sebenarnya.
Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.
Kadang kita happy tak hengat dunia, kadang ingatan pada akhirat mendamaikan kesedihan kita.
Kadang kita lupa pada Allah, kadang hati and jiwa tu bertegur pabila terlaung kalimah LAILAHAILLAH.

SO????

Mahukah kita mahu jadi seperti EMBUN?
Yang dalam blog ni aku nak definisikan sebagai 'Lip Lap Lip Lap Anak Mami'.
(Jap2, apsal lip lap lip lap anak mami eh? haha. sengal sumguh Masyhi Norddin ini. Haha saje wat korang cuak. Yessss! Teknik penceritaan suspens aku sukses! :D )
Lip lap lip lap anak mami macam EMBUN la,
sekejap ada sekajap tak ada,
datang dan pergi,
bersilih ganti,
macam chipsmore kejap ade kejap tak ade, (OOOPS sori kakyan, no offence ye? XD )
macam tuka aksesori keta setiap gali dapat gaji.
Kalau nasib baik, dapat ah stereng MOMO ke,
body keta cam keta ARENA from Jepun to ke,
rim taya keta Black Racing ke.
Naseb ah babe.
Tapi itulah EMBUN.
Skali die banyak, memang basah lencun lah seluar kalau jalan atas rumput.
Time die sket, bleh la skadar bergurau senda ngan dedaun kat taman bunga di pagi hari.
Time die takde, haaaaaaaaaaaaa menganga lah ko tercari2.
Again.. ITULAH EMBUN.

So,..
Hope korang dah dapat la maksud tersirat yang aku cuba nak sampaikan.
HA LU PK LAH SDIRI! (Nabil, 2008)
Kena quote nih, kang tak pasal2 kena chop plagiarism plak aku. haha

Senang cite cam ni lah.
Kita nak jalani hidup kita dengan cara yang bagaimana?
Supaya pahala dapat berkat dapat dan diskaun hidup di dunia pun dapat.
Haaa... gimana ya ibu2 bapak2?

TAK ADA JALAN KELUAR.
Ikut macam saya.
TAK ADA JALAN KELUAR!!

Nak ke tak nak, kita kena cari KEREDHAAN ALLAH.
And nak cari keredhaan Allah tu bukanlah susah kalau kita ikut sunnah2 dan ajaran Rasulullah.
AND BUKANLAH SENANG KALAU KITA ASYIK LARO DENGAN TIPU DAYA DUNIA.
Jadi di sini, perlu lah kita menjadi mujahadah sket.
Berjihad...
Macam Tok Janggut pertahankan Kelantan.
Macam Rentap,
macam sape lagi.
Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh.
Dato' Maharaja Lela, Pandak Indut.
Dan ramaaaaaiii lagi yang tak cukup 88 muka surat pun kalau tulis semua ni.

Semuanya atas tiket Berperang yakni BERJIHAD!
SO, kawan2, ayuh berjihad fisabilillah.
Jihad perang hawa nafsu, godaan tak-leh-blah si syaitan, bisikan seksi si iblis untuk menyesatkan cucu cicit Nabi Adam.

AYUH BERJIHAD! AYUH AYUH AYUH!!!
(tetibe cam rase nak kibarkan Jalur Gemilang sebab semangat dah ni, naik sehh ore klate kato)

Yang paling penting is...
Apa bekalan yang akan kita bawa untuk bertemu Allah kelak?
Tupperware yang jenis macam mana yang kita nak sumbat dalam beg time nak cium bau syurga nanti? Emas? Berlian? keerrrrrr tupperware samah sor (50 sen satu) tu je?

Semuanya dah tertulis.
Yang beriman INSYAALLAH masuk SYURGA.
Yang kafir KONFEM masuk NERAKA.

Allah tak jadikan manusia untuk buat dosa,
but it's all about matter of choices.
Jalan PUTIH ke jalan HITAM.

Fitrah manusia dah sangat2 sesuai dan tally dah dengan hukum Allah dan sunnatullah.

Dalam Surah Qaaf Ayat :

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,”
(Qaf: 16)


Tapi REALITINYA kenapa masih ramai yang ingkar?
Tapi kenapa masih ramai orang Islam masuk Blanc, Zouk, Mansion , Aloha mengalahkan orang kafir?
Tak malu ke?
(Mengingatkan diri sendiri juga yang sentiasa lalai leka dan alpa)

Ya Allah, ampunilah dosaku. kekhilafanku Ya Allah.

Surah ALI IMRAN, Ayat 31.
Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku; nescaya Allah mengasihimu dan mengampuni dosa-dosamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Hadis Bukhari :
Hadits Bukhari tentang sikap Allah kepada hamba-Nya yang berusaha mendekati-Nya:

“Jika seorang hamba mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta; jika ia mendekati-Ku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa; jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari”

“Dan tiada bertaqarrub (mendekat) kepada-Ku seorang hamba dengan sesuatu yang lebih Ku sukai dari pada menjalankan kewajibannya ”

Jadi jom sama-sama kita tundukkan wajah kita, beristighfar berselawat, mohon keampunan
Allah atas segala bagai dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Dari Allah kita datang,
dan kepada Allah jua lah kita kembali.

Apa-apa pun,
jangan stress2 sangat.
Lepak chill okke.
Tapi lepak chill ikut sunnah lah ye? hikhik.
DON'T BE SAD.

LAA TAHZAN.
Surah At-tawwbah Ayat 40.
"Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."
SOooooo Schhweeeet kan Tuhan kita?
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Akhir kata, hanya satu ku pinta,
kira dari meja penulis ah ni. hihi
Saaattttuuuuuuuu je.
tak banyak pun.

:::::: WHICH IS ::::::
Andai kata satu hari korang tnampak saya macam dah weng weng, lupa, lalai dan leka,
sila sila dan sila tepuk2 tampar sikit untuk tegur iman saya.
Fitrah manusia : PELUPA!

Saya nak masuk syurga.
Jumpa Allah.

Sekian.

Yang baik dari Allah The Almighty.
Yang buruk datang dari diri hamba pacal yang hina ini.
Aku bukan siapa-siapa (Ulang 8888 kali)
















bila suda sampai plymouth

Wednesday, 7 October 2009
oh kehidupan.......

oh KEHIDUPAN... terpaksa meng'alter' balik diri mu supaya aku siap untuk adapt kembali environment di sini...
bukanla aku benci duk sini.. hepi jerrr...
tapi kengkadang tu baru la datang perasaan nak appreciate negare sendiri...
btol la si dia kata, "You dunno what you got till it's gone". Sangat betul okke?
So, moral of the story? HARGAI TIKO ADO. a.k.a Hargailah time mende tu masih ade depan mata kita.

Bila dah takde nanti, haaaa jadi la macam aku sekarang ni.
Ummi suke sgt sebut perkataan 'gile meroyann', haaaa ni lah kot gile meroyan kan. haha
Tapi takpe, ini lah dugaan...

Tak menarek la plak hidupan kalo plain jer tanpa dugaan kan. kena la kasik naik roller coster sket, bia jantung duk tang kaki, last2 baru aaa landing baikkkk punya...

tapi tuh la, nak kasik landing baiikk punya or happy ending tu, tugas manusia is berdoa lah kan?

So, Masyhitah! Doa, doa dan terus doa.

After all. memang Allah je pun tempat yang kite boleh bergantung harap, and bukan benda lain or makhluk lain or pihak lain. Orang lain bleh jer tolong kita. tapi kalau nak dibandingkan ngan pertolongan Allah, memang ape sgt la pertolongan manusia tuh kan.

ape2 pon, hadapi dengan senyuman.
Put all the past things apart.

DAN........

kita enjoyyyyyyyyyy kehidupan! Sekian tima kases.