Perjalanan Pergi dan Balik Konsert Oasis Penuh Erti
11 July 2009, yeaaiyyyyy! aku berjaya jejakkan kaki ke Wembley Stadium di London untuk memuaskan darah muda ini untuk aktiviti lompat melompat, jerit menjerit di Konsert Oasis, band yang memang aku minat gile babes.
TAPI....
sebelum konsert tu lagi, hati dah macam tak sedap untuk pergi ke konsert tu, sebab agak bersalah untuk pergi ke konsert setelah faham akan Islam yang cukup indah ini. Tapi setelah diconsult dengan kawan2 juga senior2, aku akhirnya tetapkan hati untuk pergi.
Dengan izin Allah,maka pergilahhh Masyhi Norddin, menjadi lone ranger for the 1st time travel dari Plymouth ke London. kerana one of my member from Plymouth tak jadi ikut aku gi London juge. YESSS! berjaya jadi Indie. YESS YESS! Alhamdulillah, selamat pergi dan balik.
Maka tersebutlah cerita, atas takdir Allah juge, aku ke Konsert Oasis hanya berdua. Mungkin ada benarnya kata Acha Septriasa salam lagu Berdua Lebih Baik. Sebab bila berdua ni, perjalanan ke sana ke sini agak kurang cerewet. Alhamdulillah. Siapa hamba Allah yang menjadi teman ke Oasis tu? None other than Kyie Karim. He's one of Naqi's friend. Even aku dah takde pape dah ngan beliau, tapi tak salah kan kalo terus berkawan ngan Kyie? cepat anggukkkkk. haha
OASIS terbaekkkkk! tapi bukan Oasis je yang perform ari tu, ade Kasabian and The Reverend&The Makers hari tu. So sementara intermission persembahan dari band ke band yang lain tu, ade la gap mase dalam setengah jam. SO agak la bosan aku n kyie tatau nak wat ape selain berborak. nak keluar stadium, malas siott. so end up, stay je la dalam stadium tu, and guess what? setelah bercerita hal dan kehidupan masing2, kitorang duk sembang pasal Islam. sangat bestttt perasaan tu. see? kat mane2 pon bley cakap pasal Islam. even dalam Wembley Stadium yang mat salleh penuh kiri kanan duk pegang botol arak sorang satu pun, masih bleh kita berceloteh hal agama kalau kita nak kan. It's all about you want or you don't want. Thank You Allah.
Syukur juge kerana pegi ngan Kyie, sebab die btol2 jage aku since aku sorang je pompuan kan. And he really knew the limit and at the same time menjaga keselamatan aku yang kecik molek apabila nak dibandingkan ngan mat salleh yang gedabak2 itu. Especially mase berduyun2 nak menuju ke Tube Train Station lepas abes concert, phewww! ramai gile beb orang, aku dipenyek2 dihimpi2 je, but Kyie la duk pegang pergelangan tangan kanan aku dengan berlapikkan baju aku supaya aku tak hilang dalam ramai. He's so kind and tau aku cuak and die tak amek kesempatan pun. Kalo g ngan orang lain yang perangai ala2 rock n roll, da konfem2 la batas pergaulan entah ke mane dah kan time tu. Thanks Kyie. You're much appreciated. I mean it.
Lepas dah berjaya melepasi ratusan ribu orang yang naik tube train, kitorang selamat sampai di Bayswater dan memuaskan nafsu perut dekat restaurant berdekatan. Nasib baik ade lagi kedai bukak coz mase tu dah dekat kol 12. Perutku terselamat dari kebuluran yeahhh. Lepas makan, die terus anta aku balik Malaysian Hall and make sure aku da betul2 naik bilik and die pon balik la umah membe die kat Holloway Road tu. Sian die, tepakse lone ranger carik route bus sebab tube train da tutup time tu. Sorry and thanks dude. Maka di situlah kitorang separate.
Sebab lepas SUbuh dalam kol 2 lbeh pagi baru tido, membuatkan aku bangun lambat gile. Seb bek sempat check out. Lepas check out, aku terus menyerbu ikan keli masak merah my favourite di Cafe Malaysian Hall tu seblum bertolak ke Victoria Station untuk amek train balik Plymouth. PHUHHHH! terbaekkk wokkk rasenye. walaupun tak sesedap rase ikan keli or belut kat Jalan Bayam, tapi boleh la sekadar nak memuaskan nafsu serakah makan banyak aku ni. haha. eh eh mane ade, perut saye mane ade perut tong sampah, eh eh mane ade mane ade. hahaha
Setelah penat shopping kat London Bayswater beli souvenir untuk family and sahabat handai di Malaysia, aku pun trus gi Victoria Station. tapi mase tu dalam 3 jam lebih ag, baru train gerak. tapi dek kerana malas nak gerak dengan shopping bag kiri kanan, aku pun stret menuju Victoria. Sampai2 je Victoria, ape agi, melabuhkan punggung kat kerusi tepi escalator untuk ilangkan penat. Tapi tetibe rase dahage bile tenampak sign board COSTA. Dalam kepala aku time tu dah takde yang lain selain "Luxury Hot Chocolate with Marshmallow". OHHHHHH, tulun2, aku kena gi jugak beli. SO ku relakan diri aku bawak shopping bag kirik kanan tu just nak mendapatkan hot chocolate tersebut. Bleh je nak tinggal beg n barang2 aku kat kerusi aku lepak tu, sebab London bukan macam Malaysia yang penyangak perompak sana sini, tapi sebab mungkin masih agi risau kot2 ade yang songlap beg2 aku tu, so aku bawak je la semua semata2 nak g beli kat COSTA tu.
Adehhh, kerusi kat COSTA plak penuh. Ingat nak lepak minum kat COSTA je time tu, tepakse lah take away ngan barang penuh kiri kanan. Orang yang nak beli take away pun SIYESLY ramai yang beratur. so S.A.B.A.R je la time tu kan. sampai ke kat turn aku, minah cashier tu pun amek la order, die bukan mat salleh. tapi muke ala2 minah arab, tapi die free hair. lawa gell. tapi tatau la die Islam ke tak kan.
Mase amek order lagi, die cam da wat muke cam nak hint aku something but aku tak paham sebab die just wat face signal kan. mane la aku nak paham, ingat die nak gurau jer ngan aku mase tanye pasal marshmallow tu. Lepas amek hot chocolate yang aku order n lepas selesai bayar, die ketuk2 meja sket suh aku g dekat die kat kaunter ujung. kaunter tu takde orang pun time tu. RUPA-RUPANYA, die nak hint aku something mase tengah amek order tu pasal marshmallow. Cume mase amek order tu die tak leh cakap terang2 mase tu sebab mat salleh duk beratur penuh belakang aku. TAU TAK APE DIE CAKAP?
Girl A : Sorry I purposedly not to put marshmallow inside your drink.
Me : Errr why is that so?? (dengan muke terpinge2 juge bengkerk)
Girl A : Because the marshmallow we have here has ham (babi)inside it. Since I know you're
Muslim, so i purposedly not to put it. I already exclude the cost for marshmallow
that you want when you pay the bill just now.
Me : (Muke berubah jadi muke terkejut and terharu kottt) OMG.. thank you so much, I
reaaly appreciate it.
Girl A : No worries, actually I wanted to tell you when you order the thing, but there's so
many British there, so I cant tell you directly. I just gave you signal, but I believe you
dont get it ayte?
Me : yeaaa... yeahhhh... no wonder.. thank you so much.
Gile ah, tak dapat nak bayangkan aa prasaan aku time tu, syukur gile kot. Memang syukur gile. Mase aku jalan nak duduk balik kat seat tepi escalator tu pun macam tak percaya dengan apa yang dah jadi. Mungkin bagi orang lain, perasaan ni biase jer kot. tapi bagi aku, sangat LUARBIASA okkeh. Just imagine, how nice she was to tell me bout that and to safe me from eating ham contained in the marshmellow. Sedangkan die belum tentu Islam sebab die free hair kan, tapi tuh la Allah nak selamatkan aku dari makan ham tu melalui minat tu. One phrase je aku terfikir time tu, "syukur syukur dan syukur, Allah sayang aku".
Bile duduk2 tunggu train tu, teringat Kak Yan penah share ngan aku satu surah ni, Surah Muhammad Ayat 7 yang bermaksud;-
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, maka nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
Ayat tu terus terlintas kat fikiran aku time tu bile dok riflek2 pengalaman2 yang sangat berharga kat COSTA. Terbukti lah kebenaran ayat tu terang-terangan. AL-QURAN sebaik2 rujukan. Bukan la nak kate Allah tak sayang aku seblum2 ni, tapi bleh nampak, terang terangan, bile kita 'jaga' agama Allah ni, Allah akan jage kite balik. Insya-Allah. Alhamdulillah, aku selamat dari makan BABI hari tu.
Sedang2 aku dok seronok2 layan perasaan yang sangat best iaitu perasaan Allah sayang tu, tetibe tenampak satu couple Arab dengan anak die dalam stroller sedang cari tempat duduk. Nampak la die dok usha2 tempat duduk seblah aku tapi kebetulan ada mat salleh dah occupy tempat duduk seblah aku tu. So, derang duduk la jauh sket. dalam 10-15 minutes lepas tu, couple mat salleh yang dok seblah aku pun bangun. Lega gile aku time tu, tak yah la aku tengok derang kissing2 tengah alam tu. Meluat aku. Heaven!
Out of sudden, lepas mat salleh tu blah, couple Arab tadi datang balik menuju ke tempat kosong tepi aku. Aku macam dah conscious ar time tu, sebab bukan hape, mamat Arab tu HENSEM gile beb. tapi sebab die dah kawen, terpakse la aku ' Astaghfirullah Hal Azim' jer. hahahahaha. Yer aaa. Zulaikha pun bleh terpikat ngan kehenseman nabi Yusof, ini kan pulak aku yang bukan siapa-siapa ni. Ni semua sebab aku single sekarang, senang jer cair kalo tengok mamat2 ensem ni, ahah astaghfirullahalazimmmm. :D. yer arr, aku jenis setia beb, kalo aku ade laki, sure aku tak tengok dah mamat ensem walau seensem mane pon die. awwwww. i know im loyal. heh.
back to the topic, lepas couple Arab tu menuju ke arah tempat aku duduk, aku pun macam dag control2 aa time tu kan. pastu lepas derang letak2 beg diorang yang gabak2 tu seblah aku, si Mamat Arab yang HENSEM gile tu pon tego aku. OMAIIIIIG.....(speechlesssss)
mat arab : (senyum kat aku)
aku : (senyum balik aa kat die)
mat arab : errr.. are you Muslim? (out of sudden)
aku : Yes, I am Muslim. (spatut aku cakap Alhamdulillah, adehhh)
mat arab : Alhamdulillah, i just wanna ask you to look after our bags because we want to go to
washroom for a while. So, could you please help me looking after my bags? I wont
be long.
aku : Yeahhh.. yeahhhh... Sure2. You dont have to worry since I am here.
Couple Arab tu pun berlalu la ke toilet dengan anak mereka meninggalkan beg2 mereka bersama aku. Cube teke part mane yang paling best?? haaa cepat2.
Part mamat ensem tu datang tegor n cakap ngan aku??? Na'a'a... tidak sama skali. Tapi part yang paling best is when die tanye "ARE YOU MUSLIM??". Rase macam bersyukur gile sebab aku seorang Islamm. And kerana Islam lah, ada sekelumit kepercayaan sesama Islam tu eventhough kami tak kenal pun each other before. Eventhough negara berbeza, culture berbeza. Tapi hanya kerana atas satu dasar iaitu agama Islam, dah tak ada jurang perbezaan tu. how lucky am I to be a Muslim!! thank you Allah.
After couple tu balik dari toilet, aku sempat la borak2 ngan derang. wife die takleh cakap english rupanya, so terpakse la mamat ensem tu jadi translater untuk wife die bile nak cakap ngan aku (hemohemohemo lagi laa i looiike, leh cakap ngan mamat ensem tu haha astaghifrullahalazimmm). anak derang pun comei je, dekat2 2 tahun, ala-ala sebaya Mikhail. terus teringat mikhail. name Rashid. comel sumguh, cam bapak die awwwww. haha gurau jerk.
bile da dekat mase tren nak gerak, aku pun gerak la ke platform.
Tapi terlalu banyak pengalaman aku mase pergi dan kembali dari Konsert Oasis ni.
Yesss, aku dapat peluang untuk tengok concert band kegilaan aku, tapi not just that, aku dapat lebihhh dari tu. yehhhh LEBIH dari tu. Thank You Allah. Thank You.
End of Story.....
Antara dua pilihan
-
Jika kita diberi pilihan untuk bekerja dalam dua bidang yang kita sukai,
alangkah indahnya dunia ini. Jika kita diberi kuasa untuk menentukan dengan
siapa ...
3 years ago