Orang Yang Takut Beramal Kerana Takut Riya Adalah Orang Yang Ditipu Oleh Shaitan
Shaitan menggodanya kerana tidak mahu Umat Islam beramal soleh.
Mereka membisikkan agar umat Islam jangan kemasjid, jangan menderma dan jangan membuat kebajikan, nanti kamu merasa riya, maka kamu akan berdosa.
TAKUT RIYA BUKANLAH RIYA
Sebenarnya siapa takut berasa riya bukanlah riya. Siapa takut berasa riya adalah perasaan normal pada setiap mukmin.

Orang mukmin kena tahu mana bisikan Syaitan dan mana bisikan Malaikat.
Kata Imam Ghazali mengenali bisikan Syaitan dan Malaikat ini adalahfardhu ain.Oleh itu jika ada bisikan Syaitan agar jangan Solat berjemaah ke masjid kerana takut riya dan sebagainya, maka lawanlah bisikan itu dengan merasakan pahala sendiri belum cukup untuk membayar hutang jasa kepada Allah swt.
Lawanlah bisikan itu dengan merasakan bahawa pahala kita belum cukup untuk membawa kesyurga.
Lawanlah bisikan itu dengan mengingatkan bahawa mungkin ini adalah hari terakhir. Mungkin esok tidak boleh solat lagi kemasjid dan sebagainya.
Lawanlah bisikan itu dengan memikirkan bahawa solat ke masjid amat besar pahalanya.

Pahala solat kemasjid adalah umpama gaji seorang pegawai tinggi. iaitu 27 x 5 x 30 = iaitu 4050 sebulan.
Manakala pahala atau ganjaran solat dirumah hanya sebanyak 150sebulan.
Manakala dalam hadis dari Kitab Sunan Abi Daud pula,Solat berjemaah di masjid yang sempurna wudhu dari rumah adalah umpama pahala haji.

Jadi sebulan ada 150 kali haji.
Pahala Haji mengikut hadis pula adalah umpama pahala jihad.
Di dalam hadis juga ada menyebutkan bahawa pahala jihad itu ganjarannya ialah setiap saat seperti beribadat 60 tahun.
Oleh itu ganjaran mana yang mahu kita pilih?.
Adakah selepas ini kita akan masih tertipu lagi oleh Syaitan atau tidak?
Takut Beramal Kerana Takut Dikata Riya'
Jangan pula takut beramal kerana takut dikata Riya.
Bukankah Takut Riya dan Takut Dikata Riya adalah dua perkara yang berlainan?
Takut dikata riya sebenarnya adalah orang yang riya. Kerana ia hanya beramal kerana pujian orang lain.
Tetapi bila orang mengkritiknya atau mencacinya, ia tidak mau beramal.
Oleh itu orang yang takut beramal kerana takut dikata riya adalah orang riya yang sebenar-benarnya.
Ia hanya akan ke Masjid bila ada jemputan rasmi, kerana kawannya banyak di sana. Malu kalau tidak datang.
Ia juga hanya kemasjid bila ketuanya mengarahkannya, bila dicatit kedatangannya, kerana takut prestasi kerja diturunkan.
Ia juga hanya datang kemasjid bila ada jamuan dimasjid, bila ada kawannya juga hadir. Kerana mungkin ada cerita baru dimasjid dari kawan-kawan hari ini. Kalau kawannya itu tidak ada ia akan rasa malas sebenarnya.
Oleh itu sifat dan ciri-ciri seperti inilah sifat dan ciri-ciri orang munafiq. Wa iyadzu billahi minzalik.
Firman Allah swt dalam Surah An-Nisa' Ayat 142 kira-kira bermaksud:
142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
Marilah kita beramal sebaik-baiknya ikhlas kerana Allah swt. Walaupun amal kita itu tidak setinggi mana, kerana masih lagi mengharapkan ganjaran pahala, namun asalkan tidak riya, asalkan tidak sombong pada Allah swt, maka tidakkah ianya suatu anugerah yang tidak boleh diabaikan.
0 comments:
Post a Comment