: DUNIA VS AKHIRAT :

Tuesday, 8 June 2010
Sebaris ayat daripada tafsir fi zilal yang sangat menyentuh saya pada hari ini.


"Taraf yang menyediakan manusia di dunia ini supaya sesuai dengan taraf nikmat-nikmat di akhirat"

Subhanallah. 

Baru minggu lepas berbicara dengan mereka tentang kehidupan dan kematian. Kehidupan manusia yang seharusnya merupakan fasa menyediakan diri untuk menjadi benih yang terbaik, kerana kelak saat kita menghadapi kematian dan ditanamkan (dikuburkan), biji benih (diri kita) yang kita telah usahakan itu kelak akan dicambahkan (dibangunkan untuk dihisab) kelak di akhirat.
Andai banyak di antara manusia yang berasa terkongkong dengan syariat Islam, merasa terkekang dan tidak dapat bergerak bebas mengikut hawa nafsu maka mereka seharusnya mengetahui, kekangan dan kongkongan itu merupakan suatu norma biasa dalam hidup kita pada setiap kali kita mahu mengubah kehidupan kita menjadi yang lebih baik.


Lihat saja, andai seseorang mahu kelihatan berada di kelas tinggi seperti orang-orang ternama, maka dia mesti mengikut segala protokol, tatasusila, etiket dan segala macam perkara berkaitan sesuai dengan masyarakat kelas tinggi. Mahu kelihatan cantik menarik saja, banyak perempuan tidak berkira soal mengekang dan mengongkong diri mereka untuk mengikut trend terkini, memastikan diri istiqamah memakan dan meminum segala macam supplement untuk membantu diri kelihatan cantik-anggun-ayu, mengawal diet, bersenam (di sekolah saya, cikgu-cikgu ini mengikuti kelas line dance. Kelas gitu!) dan mengorbankan wang dan masa untuk ke spa dan mall hampir setiap bulan. Benar, untuk menaik-taraf diri kita perlukan pengorbanan, dan pengorbanan itu terhasil bila adanya syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan hasil yang diingini itu tercapai.


Lalu, segala apa yang telah digaris Allah yang Maha Kaya Pengetahuan-Nya kepada manusia di dunia ini adalah untuk menyediakan manusia agar bisa mencapai taraf yang dikehendaki di akhirat. Ah, mahu membayangkan syurga saja pun kita tidak mampu...lalu bagaimana dapat kita bayangkan setinggi mana kelas-kelas manusia yang bisa mencapai syurga, apatah lagi syurga Firdausi!


Syariat Islam itu tidak bersifat mengongkong dan bukanlah menyekat kebebasan manusia, tetapi merupakan kaedah untuk meningkatkan taraf manusia di dunia agar bisa mencapat taraf akhirat yang sudah tentunya punya standard yang cukup tinggi.


Andai perempuan-perempuan yang berlumba-lumba untuk memenangi beauty pageant saja sanggup mengikut segala macam protokol, berbahasa lunak lembut, bersopan santun, melambai lembut gemalai, memastikan muka tersenyum sentiasa walau hati tersiksa dan sebagainya...sanggup mengekang segala keinginan saat berada di hadapan kamera terutama di saat-saat akhir di atas pentas itu (kerana mungkin saat itu ada saja yang mahu menggaruk kegatalan, hendak bersin, hendak ketawa, hendak ke tandas...) tapi, mereka tetap mengekang segala perasaan dan kehendak itu., kerana mahu tetap kelihatan cukup standard seperti beauty pageant....maka bagaimana kita, andai mahu menjadi manusia yang layak sebagai ahli syurga? Seharusnya ada standardnya...dan nah, itulah yang digarisi oleh syariat Islam yang maha indah itu!


Kerana itu Islam itu datang dengan pakej sebagai cara hidup, harus diaplikasi secara syumul... secara seluruhnya di setiap aspek kehidupan termasuklah di celah yang paling seni sekalipun.


Islam hadir dengan syariat dan panduan, agar kita bisa membentuk diri menjadi benih yang paling baik. Bila ditanamkan kelak menumbuhkan pohon yang bisa menghasilkan buah yang paling manis dan bermanfaat di akhirat. Lagipula, matawang di akhirat kelak hanya menggunakan dosa dan pahala, bukannya sen dan ringgit. Lalu andai mahu membeli-belah semewah-mewahnya di akhirat, harusnya mula bijak membuat pelaburan...moga-moga punya matawang pahala yang lebih banyak, kan? =)

: BURUNG PIPIT? NO NO! LEBIH LAGI! :

Bismillah..

Dunia sekali lagi dikejutkan dgn berita2 kekejaman Israel menyerang kapal2 Flotilla yang menghantar bantuan kemanusian ke Palestin. Kelihatan ramai manusia yang bangkit menentang perbuatan terkutuk Israel.

Alhamdulillah, ramai manusia dh semakin nampak dan mengutuk kekejaman Israel. Tapi belum cukup kuat lg kalau kite hanya mengutuk, mengeji dan membenci. Sedar atau tak, manusia sedunia terutamanya umat Islam mempunyai satu kuasa yang agak besar dalam menentukan bangkit dan jatuhnya Israel sebagai world orde.

Mungkin kite bley cuba amik satu langkah ke hadapan lg utk menjatuhkn Israel? ingat lg pd boikot2 kita?
Isu Israel-Palestin seperti air pasang surut. Sekejap airnya pasang dan lama kelamaan akan surut kembali. Diri ini sangat tersentuh dengan satu email berkaitan isu ini....

"sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu
musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan
penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih
bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini
akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk
islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan
senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin
akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas
kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan
berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok
kita sibuk berkumpul, berbincang sambil menonton world cup 2010.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang
adik memberitahu, "biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang
lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih
tinggal'

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air
mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang
hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka
mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar
sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan
kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2
lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan
menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan
sekutunya amerika!...."


Tapi bagaimana zionis dapat dijatuhkan kalau kita masih lagi menjadi 'hamba2' mrk? ingat lg kan ghazwul fikr (serangan pemikiran) mrk terhadap kite? ingat lg segala kesenangan & 'permainan2 duniawi' yg mrk cipta utk melalaikn umat manusia supaya kite lupa tujuan hidup yg sebenar? kalau kite masih lagi tertipu dan menjadi pengikut mrk, bagaimana mungkin kite mampu tewaskn mrk? Israel & zionist akn terus mengganas dan berkuasa kalau kite masih lalai, tiada semangat jihad yg tinggi dan terus dibuai keseronokan duniawi!

Kite smua tahu & yakin hanya dgn meninggal maksiat, kemungkaran dan menjadi hambaNya yg taat & patuh sepenuhnya dpt membebaskn diri kite drpd belenggu syaitan dan zionist yg busuk ini!

Wahai jiwa2 yg sedang lena, marilah bangkit! perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!"

InsyaAllah, diri ini yakin semua sedang berusaha sedaya termampu untuk menyumbang ke arah menjatuhkan Israel laknatullah. insyaAllah, setiap usaha walaupun sekecil usaha burung pipit yang menolong nabi Ibrahim as memadamkan api pun tinggi di sisi Allah SWT kalau kita ikhlas.
 
 
Bagi yang mampu buat lebih daripada si pipit, teruskan usaha mu. Kita harus tanamkan dalam diri kita yang kita takkan selamanya jadi seperti pipit. Berapa lama kita nak menjadi seperti si pipit? insyaAllah, sudah terlalu lama rasanya kita menjadi pipit. Kini tiba masanya kita pula menjadi seperti Nabi Ibrahim as!!

Dunia hanya akan menjadi aman sekiranya Islam bangkit kembali. Bukan jumlah umat Islam semata TAPI umat Islam yang betul-betul menghayati dan mengamalkn ajaran Islam sepenuhnya. Bukan lagi hanya dalam perkara ibadah, adat perkahwinan, harta pusaka dan Islam hanya pada nama dan kad pengenalan....

Mari kita tingkatkan diri dengan Islam sebenarnya & seru manusia lain kepada Allah SWT! 
 
 

: MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI! :

Sunday, 6 June 2010
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.

Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “


“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?


Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!


Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:

“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?