: MENUJU USTAZIYATUL ALAM :

Wednesday 23 June 2010
Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya.

Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya, teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula-Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni."

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas. Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan, "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki". "Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan".

Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan?
Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum.
"Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan", terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni!" "MasyaAllah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya! Apa peliknya?". "Baik, tuan. Tapi semua orang berebut- rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.

"Macam tak lalu makan saja, anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita", keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Ana pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk ana daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan, berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insyaAllah. Kita tak perlu hospital."

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya."

"Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh... Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer, 'RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema, "Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta, stanza hati merindu Ilahi..."

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah" Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Juruterbang helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. "Kenapa?". Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..! Datuk! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya.." "Habis, mereka mahu apa?". "Mereka mahu Islam, Datuk!". "Islam? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya terlihat sepanduk di hadapan tertulis, "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI". "Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah!".

"Tak mungkiiinnnn!!!". Datuk Dr. Johar jatuh pengsan.
by : Generala Zajaczka

: KISAH HATI & AKAL :

Monday 21 June 2010
Assalamualaikum

Nk share satu cerita, sgt menarik! selamat membaca.

taken from a friend's blog.
ps: ade typing error. part lbey kurag die ckap.. " die tipu Nafs la tu.." i think it supposedly should be "die tipu Hati la tu.."

nk baiki tak sure katne. jzkk

Pada suatu hari, di Baitul Jasad.

************ ******

AkalAssalamualaikum.

Senyap sunyi..salam nye x bersambut..dicuba lagi..

Akal : 
Assalamualaikum.

Masih tiada yang menyambut..dicuba lagi untuk kali ketiga..alhamdulill ah, terd
engar bunyi kunci dibuka dari dalam..kelihatan Hati di sebalik pintu dengan rupa yang lesu..

Hati : Waalaikumussalam. . Akal rupanya..ingatkan siapa tadi..masuklah. .

Akal pon melangkah masuk ke dalam kamar Hati..dilihatnya Hati terus berbaring di sofa..Akal ikut duduk di kerusi yang lain..

Akal : Kita dengar Hati x sihat..tue kita datang melawat..Hati ok x..??

Hati : Aaa..haah..x sihat sikit..kepala cam pening-pening. .pastu badan pon cam sakit-sakit. .penat sangat kot..

Akal : Hmm..maybe la kot..nampak macam Hati gelap sikit..Hati pergi main berjemur ke..??

Hati : Eh, xde la..xde main berjemur pon..teman Nafs je pergi jalan-jalan. .shopping- shopping sikit..

Akal : Ohh..ye ke..

Suasana sepi..dilihatnya Hati sibuk memicit-micit kepalanya sambil memejamkan mata..

Akal : Hati..kita nak cakap sikit la..


Hati : Hmm..kenapa, `Kal..??

Akal : Xde la..kita rasa sejak Hati berkawan baik dengan Nafs tue, kita b
erdua dah macam makin jauh je..bukan lah kita jeles ke ape..cume kita macam rindu la nak spend time, borak-borak ngan Hati macam dulu-dulu..

Hati : Hmm..agak la..xpe, next time kita keluar bertiga eak..
Akal : Hmm..kita bukannya x nak..tapi kita rasa Nafs tue macam x suka je kat kita..bila kita datang dekat je kalau korang ngah berborak, mesti dia tarik Hati pergi tempat lain..kalau dia nampak Hati tegur kita pon, selalu kita nampak dia macam jeling kita..


Hati : Eh, mana ada..Nafs tue baik taw..seronok berkawan dengan dia..dia pandai cari tempat best nak pegi enjoy..hari tue dia bawak Hati pergi satu tempat nie..dengar lagu..seronokkk. .! ada orang nyanyi-nyanyi sume..pastu dia ajar Hati macam mana nak main game dekat archade tue..and then, dia kenal kan Hati kat kawan-kawan dia..lelaki. .hoho..hensem- hensem sume..tapi tue la..cam ramai yang dah ada GF la tapi..jeles betul..tapi xpe.
.ada je yang still single-mingle. .hoho..nanti kalau Akal nak, Hati bawak Akal pegi sana ye..
Akal terdiam seketika sebelum meneruskan kata-katanya. .

Akal : Hati, kita rasa Hati dah berubah la..

Hati terkejut..bingkas dia bangun dari baringnya dan duduk menghadap Akal..

Hati : Hmm..?? Berubah..?? Eh, xde la..mana ada..Hati macam nie gak la..maintain je..

Akal : Tak la..dulu Hati x macam nie..dulu mana ada Hati suke pergi tempat-tempat macam tue..taw pasal tempat tue pon x pernah..pastu mana pernah Hati usha-usha laki macam tue..Hati kan taw x elok wat camtu..sekarang pon Hati dah jarang pergi lawat Mak Usrah..dia selalu tanye pasal Hati taw..
Hati : Ala..dulu Hati x taw sebab xde orang beritahu..lagi pon, bukan selalu pon pergi..baru 4 kali pergi..Akal nie..macam mak orang la..

Akal : Tapi Hati..Hati kan taw benda tue salah..

Hati : Ala..salah apa nya..Hati bukan wat pape pon..Hati juz nak enjoy je..

Akal : Enjoy apa nya kalau dok buat tambah dosa camtu, Hati..??

Hati : Mana ada tambah dosa..?? Bukannya Hati pegang-pegang diorang ke apa..borak-borak je..

Akal : Hati..Hati dah meremehkan hal dosa pahala nie, Hati..Hati taw x kalau Hati wat benda-benda yang ALLAH larang tapi tanpa perasaan yang benda tue salah, Hati akan dapat satu titik hitam kat badan Hati..?? Cuba Hati tengok..Hati perasan x yang Hati dah makin gelap..Hati nak ke jadi hitam betul..??

Hati terdiam..Akal meneruskan bicaranya..


Akal : Kita taw Hati sekarang selalu tido lambat..selalu dengar Hati bangun lambat..selalu termiss Subuh..Isyak pon kadang-kadang Hati terlepas sebab tertido..betul x..??

Hati mendiamkan diri..tapi masih menganggukkan kepala..

Akal : Boleh kita taw kenapa..??

Hati : Hati penat je..tue selalu tertido awal, bangun lambat..

Akal : Kenapa Hati penat..??

Hati : ..sebab teman Nafs..


Akal : X cakap dengan dia yang Hati penat..??

Hati : Hmm..dia tue macam keras kepala sikit..kalau Hati cakap Hati penat, dia still tarik Hati ikut dia gak..kalau Hati cakap Hati x mau ikot, nanti dia merajok..x mau cakap dengan Hati..Hati malas nak ribut-ribut. .nanti makin serabut kepala Hati..makin pe
nat nanti..

Akal : Tapi still Hati penat gak kan sekarang..??

Hati mendiamkan diri semula..

Akal : Hati, kita nak cakap..daripada Hati penat sebab ikut Nafs yang x dapat apa-apa..dengan kalau Hati tolak permintaan Nafs tapi dapat pahala..yang mana satu lebih berun
tung..??

Lambat Hati menjawab..

Hati : …tolak..

Kelihatan Hati menundukkan kepalanya..

Akal : Hati, kita nasihat Hati sebab kita sayang Hati..kita x mau Hati makin jauh 
and makin banyak buat benda salah.. kita x taw Hati taw ke x nie, tapi kita selalu nampak Nafs tue duduk-duduk dengan Syaitan..Hati taw kan Syaitan tue pelajar bermasalah.. siap ada geng lagi..Kita x mau Hati terikut sampai jadi geng tue..bukannya kita nak sangka buruk ke apa..just langkah berjaga-jaga je..

Hati kelihatan terkejut..

Hati : Eh..Nafs kata dia x kawan dah dengan Syaitan tue..dia kata diorang dah x sependapat, so dia dah x join dah geng tue..

Akal : Hmm..maksudnya dia dah tipu Nafs la tue..bukan sekali kita nampak diorang tue jumpa..banyak kali gak la..tapi kita x sempat-sempat nak beritahu Hati sebab dia selalu ada kat sebelah Hati..

Hati : Tapi Hati x paham..kenapa dia nak tipu Hati..x paham la..ingatkan kitorang kawan baik..

Akal : Hati..ingat x ayat yang Mak Usrah pernah bagi kita dulu..?? Yang Syaitan memang dah berjanji untuk memesongkan manusia dari jalan ALLAH sampai tibanya hari a
khirat..and dia memang akan sengaja buat macam dunia nie terasa indah untuk kita sampaikan kita terpedaya..Hati pon taw kan..Hati yang control seseorang tue..sebab tue kita rasa dia aim Hati..

Hati kelihatan kecewa..terlihat kesedaran terlukis di mukanya..

Akal : Hati..kita nak cakap banyak pon, kita pon bukan taw sangat..ada benda yang kita x taw and kita pon x paham sangat..kalau Hati nak, kita boleh kenalkan sorang kawan kita nie..nama dia Furqan..insyaALLAh dia boleh tolong terangkan sume-sume yang Hati nak taw
and tanye..
Hati memandang Akal dengan pandangan terharu..

Hati : Terima kasih `Kal sebab sedarkan Hati..beruntung sungguh Hati dapat kawan macam Akal nie..
Akal : Ala..kita bukan wat pape pon..sume tue ALLAH yang izinkan..

Kedua-dua pon tersenyum..

Akal : Ok la, Hati..kita nak kena pergi nie..ada hal nak kena settlekan..Hati rehat la ye..nanti bila da sihat balik, jenguk-jenguk la Mak Usrah..dia rindu betul ngan Hati..bab
y Iman ngan Islam pon dah lama x kena timang ngan Hati..
Hati : InsyaALLAH.. kalau Akal rajin, nanti sampaikan la salam Hati kat diorang ye..

Akal : InsyaALLAH.. Hati rehat ye..

Akal pon beredar meninggalkan Hati untuk berehat..

************ ********* ********* **

: GAZA - HIDUP PENUH BERMARUAH :

Tuesday 15 June 2010

Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis 

“SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan”.

Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina ke wilayah itu, baru-baru ini.

Memeranjatkan kerana mereka tahu warga Gaza tertekan akibat kepungan tentera Israel sejak 27 Disember 2008 dan terperangkap dalam keganasan dan penindasan rejim Zionis sejak puluhan tahun sebelum itu.

Lalu, apa yang dimaksudkan lelaki berkenaan dengan kata-kata itu. Adakah dia sememangnya amat tertekan dengan keadaan di Gaza sehingga tidak tahu lagi membezakan penderitaan dan kegembiraan.

Walaupun dalam keadaan fizikal dan minda yang keletihan, kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang dalam fikiran ketua konvoi Malaysia, Matthias Chang yang kemudian memerah otak cuba mentafsir apa yang dimaksudkan.



Beliau mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Perdana Global Peace Organization (PGPO) bersama Abd Rafee Abd Khatab selaku timbalannya, selain Shamsul Akmar, Juana Jaafar Manap dan Ram Karthigesu.

Turut serta empat kru Bernama serta dua lagi aktivis NGO Malaysia yang berada di Syria, selain pelajar Malaysia di London, Ibrahim Mohd Azmi yang pada mulanya menyertai konvoi dari ibu kota England pada 6 Disember 2009.

Bersama-sama mereka, ratusan aktivis lain dari seluruh dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dengan misi penghantaran bantuan kemanusiaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) kepada rakyat Gaza.

Menerusi konvoi itu, PGPO menyumbang hampir RM500,000 dalam bentuk bantuan keperluan dan dua ambulans.
 “Kami tiba di Gaza kira-kira jam 4 pagi, ada seorang lelaki menyambut kami dengan kata-kata sedemikian. Jika diikutkan badan yang amat letih kerana memandu terlalu lama, kata-kata itu mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Namun selepas berfikir, kata-kata itu menggambarkan azam warga Gaza dalam meneruskan hidup. Ya… Israel boleh menyerang dan menindas mereka, tetapi biarlah… mereka terus hidup seperti biasa, seperti orang lain juga,” katanya.

Sukarelawan Malaysia bertemu beberapa ahli Parlimen Palestin dan seperti dijangka, banyak kisah sedih yang diceritakan, termasuk kehilangan lebih 15 ahli Parlimen yang diculik Israel dan ada yang dibunuh.

Sebenarnya, kisah sedih seperti itu hanya diceritakan jika ada yang bertanya kerana keutamaan warga Gaza kini ialah mendapatkan keperluan asas, terutama kelengkapan dan bantuan pendidikan.

“Saya dibawa masuk ke sebuah bilik di bangunan Parlimen yang sebahagian besarnya musnah akibat ledakan bom Israel. Bagi mereka ia sebenarnya pejabat, biliknya kecil saja dan di satu sudut, ada rak menempatkan bahan bacaan.

“Dengan penuh bangga, mereka memberitahu ‘itulah perpustakaan kami.’ Mungkin orang akan anggap, apa nak dibanggakan dengan perpustakaan sekecil itu, tetapi mereka yang faham tahu kenapa mereka begitu berbangga dengannya,” kata Chang.

Ia sebenarnya simbolik kepada masyarakat dunia dan kepada Israel bahawa “kamu tidak boleh memusnahkan Parlimen kami, apa saja yang tinggal akan kami gunakan untuk meneruskan hidup”.

Dengan penuh bangga juga, ahli Parlimen berkenaan meminta Chang merakamkan gambar pejabat dan perpustakaan Parlimen yang hanya mengandungi tiga set kerusi meja dan rak menempatkan buku itu.

“Saya kagum dengan semangat pemimpin dan warga Gaza, tetapi kisah seperti itu tidak begitu ditonjolkan media. Laporan media sebelum ini hanya memaparkan penderitaan, kesedihan dan rayuan mereka meminta bantuan.

“Tidak banyak yang memuatkan kisah semangat, maruah dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan warga Gaza. Mereka tidak berasa malu, kalah atau dijajah…mereka hidup seperti biasa…itu paling mengagumkan,” katanya.

Atas sebab itu, Chang tidak begitu berminat menceritakan insiden yang berlaku sepanjang perjalanan konvoi dari London ke Gaza kerana itu bukan topik utama misi berkenaan, sebaliknya lebih penting apa yang berlaku di Gaza City.

Kisah sedih penderitaan warga Gaza, kemusnahan harta benda, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua juga, katanya, sudah acap kali dilaporkan media, seolah-olah itu saja yang ada di sana.

Gaza, katanya, adalah kisah keberanian, semangat, iltizam dan perpaduan rakyat. Ia bukan layar kepada kisah dendam kesumat, kekecewaan dan benci walaupun siang dan malamnya diisi deruman enjin pesawat pejuang Israel, pengeboman dan pembunuhan.
Semua ciri itu menyumbang kepada kekuatan warga Gaza, biarpun musuh dianggap begitu kuat dan mendapat sokongan negara kuasa besar, wilayah itu sehingga kini gagal ditawan.

Biarpun dikhianati dari dalam, dipencilkan negara jiran yang sebangsa dan seagama atau dilabel pengganas, Gaza tetap mempertahankan daulat dan warganya meneruskan hidup penuh bermaruah.

“Apabila saya melihat mata mereka, tidak tergambar wajah dendam atau kebencian, sebaliknya pancaran yang mahukan keamanan, cuma bingung kenapa manusia boleh melakukan kekejaman kepada manusia lain, kenapa berlaku ketidakadilan itu.
“Ada yang ditahan, diculik dan dikurung dalam penjara. Ada yang dibunuh, tetapi keluarga mereka tidak bercakap dalam nada berdendam, cuma minta supaya kisah itu didedahkan, jangan disenyapkan. Dendam dan benci tiada dalam kamus hidup mereka,” katanya.

Kata Chang, keutamaan warga Gaza kini bukan kewangan walaupun mereka bersedia menerima jika ada yang sudi menyalurkan, tetapi lebih kepada pendidikan, terutama bantuan biasiswa untuk generasi muda meneruskan pengajian.

“Sebab mereka tahu jika generasi muda tidak berpelajaran, sukar untuk membangunkan masyarakat. Perlu ada profesor, doktor, pakar psikologi dan pakar lain untuk anak-anak mereka belajar dan mengatasi trauma perang,” katanya.

Beliau yakin jika mendapat peluang sebegitu, Palestin mampu membangun menjadi negara termaju di benua Arab andai berjaya bebas daripada penindasan Israel kelak.
Simbolik kekuatan iltizam warga semenanjung itu juga tergambar apabila peserta konvoi dibawa bersarapan di sebuah restoran menghadap Pelabuhan Gaza atau dengan saiznya yang seperti itu, lebih layak dipanggil jeti.

“Mereka menunjukkan kepada kami pelabuhan itu dan berkata: “Tidakkah itu pemandangan yang cantik.” Mesejnya, lihatlah pelabuhan kami yang begitu cantik dan tenang. Hidup mereka riang dan tenang walaupun ditekan penindasan.

“Bandar Gaza juga bersih, sedangkan ia adalah zon perang. Mesejnya mereka tidak akan hidup seperti haiwan walaupun kamu (Israel) menindas. Kami hidup seperti manusia lain dan kebersihan sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Warga Gaza contoh terbaik sebagai inspirasi hidup, mereka tidak mengeluh atau merungut mengenai kehidupan. Bagi mereka, Palestin akan menang, rakyatnya akan terus hidup dan tidak pernah takut atau tunduk kepada Israel.

“Lihatlah dengan segala kelebihannya, Israel masih gagal menewaskan Gaza. Deruman enjin pesawat tentera atau ledakan bom sudah perkara biasa. Cuba kita bayangkan jika Palestin merdeka,” kata Chang.

Kekurangan yang dihadapi tidak dijadikan alasan. Pernah makmal sebuah universiti menempatkan peralatan bernilai RM15 juta musnah dibom Zionis, tetapi hanya 10 hari selepas itu pembelajaran sudah disambung semula.

Bangunan Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan dan menyimpan dokumen penting juga hancur, tetapi selepas itu semua dokumen penting disimpan secara berselerak di sekitar Gaza.

“Cuba kita lihat Jerman dan Jepun, kononnya negara maju tetapi mereka sebenarnya masih tunduk kepada kuasa besar. Di negara mereka, masih ada pangkalan tentera negara kuasa besar… apa gunanya merdeka,” katanya.

Berbeza dengan Gaza, wilayah itu dikepung tetapi masih gagal dijajah kerana semangat melawan warganya yang begitu kuat sehingga Israel yang dilengkapi senjata moden terpaksa berundur dek semangat melawan yang kental oleh pejuang Gaza.

“Israel boleh melancarkan 100 peluru berpandu ke Gaza, tetapi ia akan dibalas walaupun hanya satu peluru berpandu dari Gaza. Jika Israel ada peluru berpandu, Gaza juga ada senjata itu untuk mempertahankan kedaulatannya,” tambah Chang.

Katanya, laporan media hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin dan Gaza, sedangkan memang itu yang akan berlaku kerana mempertahankan diri daripada penindasan oleh negara penuh lengkap dengan aspek ketenteraan dan persenjataan.

“Laporan seperti itu menggambarkan Israel begitu berkuasa. Memang warga Gaza menderita, tetapi secara psikologinya mereka menang. Walaupun ramai rakyatnya terbunuh, tetapi negara mereka masih gagal dijajah Zionis.

“Moral warganya tetap utuh… walaupun ada penganut Islam dan Kristian, mereka hidup penuh bersatu pada tahap tertinggi. Perpaduan masyarakat Gaza contoh terbaik kepada dunia,” katanya.

Katanya, pengajaran paling penting daripada misi kali ini ialah warga Gaza tidak akan menggadaikan nilai asas kemanusiaan – hidup penuh bermaruah dan bangun semula jika terjatuh.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau berpesan mewakili sukarelawan Viva Palestina dari Malaysia: “Jangan anggap kami hero, memang perjalanan memenuhi misi ini sukar, tetapi ia berbaloi kerana banyak pengajaran kami peroleh di Gaza”.

: YOK NIKAH PUTERI2 SEKALIAN, NIKAH CONNECTING PEOPLE! :

Monday 14 June 2010

Putri-putri yang belum berkahwin!

Jagalah pandangan mata. Kerana mata saudari itu adalah kuasa yang dipinjamkan-Nya. Kuasa tarik yang maha kuat. Yang maha tajam. Bisa menembus benteng kekuatan iman sang lelaki. Kuasa tusukan panahan yang maha bisa hingga membuatkan orang tersiksa dan ketagih untuk melihatnya lagi. Andai tidak bisa melihat lagi, ia terus tersiksa, dan merana, dan terus menyimpan cita-cita dan ia susuli dengan usaha hingga bisa dua mata dari lain jantina itu bisa bertentang lagi. Padahal, pada pertentangan itu tidak ada lain kecuali panahan syaitan dan murka Allah saja. Awas. Jagalah pandangan matamu sang putri, demi menjaga kesaliman iman saudaramu seagama tapi berlainan jantina, sang lelaki. Jagalah pandangan matamu, kerana engkau tidak buta. Dan dia yang melihat juga tidak buta. Dan bagaimana sekiranya kamu dijadikan Allah buta? Tidakkah kamu bersyukur dengan ketidakbutaan kamu? Mengapa mahu lagi kamu derhaka pada perintah aturan-Nya?

Buat putri,

Jagalah kemuliaan jiwa dan ragamu. Pada dirimu itu tidak ada lain hanya kemuliaan. Rupa wajah, paras potongan, bentuk ciptaan, dan aurat adalah kemuliaan yang Allah jadikan padamu, untuk menguji orang yang beriman, kamu dan manusia lain. Maka, kemuliaan itu, peliharalah, jagalah, lindungi ia, tutupilah, jangan dedah-dedahkan, kelak terkena kotoran, tercalar oleh sentuhan haram lagi terlarang, kelak diguris orang, kelak disambar, diterkam sang pemandang, pengintai, pemerhati, yang memandang dan menyimpan, cita-cita memiliki dan menguasai.

Duhai putri,

Labuh-labuhkanlah. Jangan singkat-singkatkan. Labuhkanlah hijab (tudung kepala). Jangan singkat-singkatkan. Biar sampai menutupi bentuk-bentuk badanmu. Biar sampai menutupi dadamu, dari depan, dan sisi. Labuhkanlah jilbab (pakaian badan), dan longgar-longgarkanlah. Biar ia melepasi, paras yang menjadi sensitiviti. Janganlah sekadar mengambil nama, asalkan pakai saja. Pakailah kerana tujuannya. Tujuannya untuk menutupi, untuk menghalang dari dipandangi, maka, tutupilah selayaknya, sesempurnanya. Janganlah telah ditutupi semuanya, tapi seperti pembalut nangka, kulitnya tidak nampak, tapi bulat lepernya semua orang tahu, bentuknya! Bentuknya! Jagalah bentuknya, supaya bentuknya pun orang tidak tahu. Supaya bentuknya pun tidak melemparkan kamu, dan melemparkan orang yang memandangnya ke api yang menyala. Bentuk adalah satu kuasa, bentuk adalah amanah Allah padamu supaya dijaga, bentuk adalah satu bentuk ujian kepada kita. Maka, bentukmu, jagalah!

Putri, 

Suaramu janganlah berlunak manja, dengan lain jantina. Pada suaramu ada aura, ada aurat, ada kuasa, ada graviti, dan tarikan lunak manja. Apalagi, kalau aurat fizikal sudah terbuka atau tidak sempurna tutupnya, lebih parah dan bahaya. Tetapi, jika aurat fizikal sudah dilitup syumul semuanya, pun suara masih kena dijaga, kerana ia bisa jadi bahaya, apabila dilunak manja, dilemakmaniskan lentukkan lengguknya, ditambah bunga bahasa, yang segar dan wangi pula, lebah mana tidak teruja? Kumbang itu nampaknya bergaya, terbang ke sini sana, riang ria, tapi awas! Kumbang itu berbahaya. Madu diserapnya, dan manusia pun disengatnya. Jagalah suara, jagalah bahasa, dan intonasinya. Kalau pun dia sang kumbang berjaya mengawal kehendaknya, tapi siapa yang bisa menidakkan dosa, apabila ia telah terlaksana, (ie apabila suara telah dibicarakan dengan lemak manja lunak menggoda).

Bukan kerana Tuhan tidak menyayangi, bukan kerana Dia tidak Adil, lalu Dia menetapkan bermacam-macam ketidakbolehan, halangan, larangan, ikatan, kesempitan padamu, sang putri! Bukan! Bukan! Justeru Dia menyayangi saudarilah, dia menyediakan sistem pengurusan diri saudari dengan sedemikian aturan, standard, dan prosedur, yang komprehensif, efektif, supaya saudari selamat, jiwa dan raga (selamat jiwa dari dosa, selamat raga dari bahaya). Putri, apabila keluar dari rumahmu, tahanlah dirimu dengan kesabaran dari berhias. Badanmu itu sendiri sudah satu perhiasan yang sangat cantik, yang bisa menarik manusia, tiada siapa yang bisa menafikannya. Apalagi jika saudari tambahi dengan perhiasan luaran. Bertambahlah tarikan. Sedang Tuhan tidak mengkehendaki saudari dari mentertarikkan orang, supaya jauh dari maksiat dan ketidakselamatan. Maka, tahanlah diri dari berhias! Pada wajah, pada badan dan pada pakaian. Allah itu memang Maha Cantik dan Menyukai kecantikan. Tapi, berpada-padalah dengan kecantikan dan biarlah ia menempati keperluan. Berpakailah sekadar kemas, tidak comot, tapi bukan sampai berlebihan dengan hiasan, wangian, warna-warna ranggi dan garang, memikatkan, sehingga mentertarik setiap mata yang terpandang, atau memandang. Sembunyikanlah dulu perhiasan, biar manusia tidak tahu tapi Tuhan Maha Tahu. Dan bunyi-bunyian, dari mata rantaian, yang mengelilingi dan melingkari tangan-tangan, atau kaki-kakian, locengan dan hentakan dari sepatu, senyapkanlah.
 
Tuhan Maha Tahu, bahawa engkau tidak bisa mematikan nafsu, kehendak dan ingin yang mahu, menunjukkan bahawa engkau adalah makhluk yang hebat, cantik, dan menarik. Engkau mahukan perhatian, dipandang, dan diberi pujian. Engkau mahu menunjukkan, engkau adalah sebaik-baik perhiasan. Engkau mahu berhias-hiasan, bercantik-cantikan, berwangi-wangian, menarik dan menawan dalam pandangan, kerana itu semua karateristik idaman, karakteristik syurga yang diharap balasan, maka bernikahlah! Ia menghubungkan manusia. Ia mendamaikan jiwa. Ia menukarkan dosa kepada pahala. Ia menghalalkan yang haram. Ia membenarkan yang dilarang. Ia tempat kepuasan. Ia tempat untuk berhias-hiasan, bercantik-cantikan, bersenang-senang seronokan, tempat untuk mempamerkan segala kehebatan, ia adalah hak anda yang telah dihalalkan. Kelak, berhiaslah sehias-hias dan sepuas-puasnya, dalam lingkungan kamar, dan dalam rumah anda, dan peragakanlah, pertontonkanlah kepada si dia yang telah halal pada anda.

Berkahwinlah! Belum mampu? Bercita-cita, bersedia, dan berusahalah! Sedang menunggu masa, bersabarlah dan berpuasa! Sesungguhnya ia benteng. Dan menjaga kehormatan diri, dari noda dan dosa. Jauhi supaya tidak terhampiri, kerana apabila sudah hampir, tidak dapat lagi lari, syaitan telah mengelilingi. Sucikanlah diri. Berdoa dan minta diampuni. Berdoa dan minta dipeliharai, oleh Allah sendiri. Berdoalah, dan minta dipandui. Berdoalah, supaya cepat dan selamat diijabkabuli. Dan berdoalah, supaya bahagia yang menanti.

Berdoalah, kerana Dia Maha Mendengar, dekat dan mengkabulkan.


Berdoalah, dengan takut (dosa-dosa yang lepas) dan harap (diampuni).

Amin~

: TERJAGA DARI TIDUR :

Salam Alayke everyone.
 Semoga sentiasa berada dalam lingkungan rahmat, hidayah dan kasih sayang Allah S.W.T.

Whoahhhhhh, sedar tak sedar mmg dah lama sangat dah saya tak menulis. Akhir sekali pun saya dah tak ingat bila, i mean, ade la saya menulis. but just muqadimmah kepada setiap benda yg saya share in my blog from pembacaan saya dari koleksi blog2 yang, Subhanallah, mengagumkan! Two thumbs-up!

Sebenarnya saya tertampar, terjentik, terketuk-ketuk hati oleh komen sorang ukhti ni. Subhanallah, memang sangat best! Siyes! Motivating! She said;-
Saya juga penulis blog dan masih belajar dan inilah pengalaman yang ingin saya share. Menulis blog perlukan tarikan dan tarikan itu adalah ' penceritaan' maka berceritalah!

Kalau awak amati dalam surah yusuf, Allah bercerita pada kita. Maka cerita itu amat menyeronokan dan amat membuat kita tidak jemu untuk membaca. Dalam surah yusuf yang mempunyai 111 ayat itu, hampir 86% penceritaan mengunakan dialog.
Jadi menulis blog juga memerlukan sedikit sebanyak dialog kerana dialog merupakan ingredient yang mempunyai tarikan.

teruskan menulis. jangan berhenti. tulis apa saja yang terlintas dihati asalkan ianya bermenfaat dan tidak bercanggah dengan syariat.

Saya doakan agar awak akan menjadi pendakwah yang baik dan ikhlas untuk deen ini.

Haaaaaaaaaaaaaaaaa.... best kan best kan komen die? Rasa cam nak g pelok2 jer kakak tuh skarang, hihi. Insya Allah, dan oleh kerana itu jugak la Allah izinkan saya untuk kembali menulis ni.  Hehehehe, tumpang lalu yekkk.....

Nak tulis aper yek? Hmmmmm.....

Actually saya memang suker menulis ni, sbb saya suker share idea saye ngan orang. Tapi cara saya takde la seskema orang lain, mungkin kerana ni saya ni agak sengal, jadi tak reti la berpuitis puitis bermadah pujangga ni. Tapi Insya-Allah, saya yakin, ape2 pun, NIAT YANG PALING UTAMA KAN?

So kiranya, walaupun cara penulisan tak skema dan agak sengal sengal ubi tapi as long as message yg nak sampaikan tu diterima dan difahami ditelan dimamah dikemam dengan baik tu ok lah kan? Alaaaaaaaaa,  macam korang dok telan strepsils time sakit tekat tuh la, kan bile dah telan kan lega sket kan? Hihi. Ayuh2! Kita bersama share benda benda best and saling ingatkan each other kearah jalan Allah.  

YOSH! LET’S TOGETHER RUN TOWARDS MARDHATILLAH.

Skarang ni Alhamdulillah lega sket, kerja dah tak banyak sangat lepas anta assignment Comparative Education Studies ngan Current Issues for Professional Development. Alhamdulillah! LEGA BANGAT! Bleh la lompat2 guling2 and focus untuk perbaiki amal kan. Selain tu, saya memang tgh berdebar untuk balik Malaysia and walimatul urus. Moga-moga Allah permudahkan urusan pernikahan saya dengan hero pujaan hati saya yang Allah kirimkan khas untuk saya. Hikhik.
 PRAISE BE TO ALLAH!
Tak ada kata lain selain frasa-frasa kesyukuran yang saya panjatkan kepada Allah setiap kerana telah merancang yang terbaik untuk saya, Jaaaaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lagi baik dari apa yang saya rancangkan sebelum ni. Sesungguhnya, Allah adalah perancang terbaik. Jadi, moral of the story yang saya dapat is, LETAKKAN PERGANTUNGAN DAN PENGHARAPAN HANYA PADA ALLAH. Jasad kita, roh kita, akal kita, semua yang ada di langit di bumi ni milik Allah, jadi kalau nak mantopskan maintenance, kena la turn to Yang Menciptakan kan?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksa  dari kejahatan yang dikerjakannya. Lalu mereka berdoa :"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami apa yang kami tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami.maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Yang paling penting, tak semestinya apa yang kita rasa terbaik untuk kita adalah benar-benar terbaik untuk kita (betul nih, berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri ni, huhu), tapi yang kita rasakan tak cocok ngan kita awal-awal tuh rupanya yang terbaik yang Allah nak kirimkan untuk kita.

 APA YANG PENTING?

Bukan jangan lupa lirik, TAPI JANGAN LUPA ALLAH.

Kerana sesungguhnya, Allah tak pernah menzalimi mana-mana hamba-Nya, tapi manusia itu sendiri ternyata menzalimi dirinya sendiri. Mencari-cari perkara yang jauhhhh dari hidayah Allah. Yang mengalienkan diri mereka dari taufiq Allah, yang last2 sekali tuh la, terus buta hati. Nauzubillah. Dah tak Nampak mana satu kaca mana satu permata, mana satu makruf yang mana satu mungkar, apatah lagi nak membezakan yang mana satu dosa yang mana satu pahala. Dalam peringkat ni, memang tak pelik lah kalau orang tak leh bezakan NIKMAT MELIMPAH RUAH DI SYURGA DENGAN SUNGAI-SUNGAI YANG MENGALIR dengan AZAB DI NERAKA SEBURUK-BURUK TEMPAT KEDIAMAN, YANG MANA BAHAN BAKARNYA ADALAH MANUSIA DAN BATU BATA.

TANAK! TANAK! NAUZUBILLAH... Saya nak masuk syurga Allah! AYUH KITA SEMUA!

HEDONISME TERLAMPAU! FASHION TREND! TAKSUB NGAN BARAT! HELOO2!!! APA NI?? APE CER DUNIA???

WAKE UP PEOPLE!

Ketahuilah dan sedarlah serta bertindaklah segera kerana minda kita semua dah diserang Barat dah korang, kecuali orang-orang yang sedar dan ambil tindakan. Sedar je tanpa ambil tindakan saya kategorikan sebagai bodoh. KENAPA BODOH? Sebab, bila sedar je tapi tak ambil tindakan, sifatnya ‘touch and go’ je la. Sementara. Tak Lama. Datang issue Palestine, issue Kalimah Allah, issue peperangan terhadap Muslim baru nak sedar pastu kembali jerit2 tengok world cup, kembali g konsert, kembali habiskan duit ribu2 bershopping kat Pavilion, BAIK TAK PAYAH LA. PERSONALLY, IT’S VERY ANNOYING! MENJATUHKAN MARUAH ISLAM LAGI ADE LA!
Yang pasti, apa yang kita semua betulkan is dari akar umbi, dari lapisan dalam-dalam agi. Kalau bawang tu, haaaaa lapisan paling dalam tuh dah kena mantap da. Kalau timun cina a.k.a tembikai tu, lapisan paling dalam tuh yg dah kena manis leting (leting tuh kata ganda berirama untuk manis dalam loghat klate ye, hehehe, dalam bahasa luar ape ye?huhu).

APA YANG DALAM TU? HAAAAAAAAAAAAAAAAA.... JENG JENG JENG... AQIDAH!

AQIDAH TUH YANG KENA MANTAP! 

Bagaimana aqidah yang mantap? Bila kefahaman tentang Islam tip top, Bila penghayatan kepada ayat-ayat dan risalah-risalah Allah malatops, Bila tak ada langsung keinginan untuk tiru budaya-budaya barat and terlalu mengagungkan mereka dalam segala hal! SESUNGGUHNYA, ISLAM TELAH PERNAH BERJAYA MENGUASAI 2/3 DUNIA YER! 

And skarang kalau tengok graph turun naik Islam, kita sekarang berada di paras jahiliyah! Just imagine, BAWAH PARAS JAHILIYAH KOTT! BERMAKNA, ANJING-ANJING LAKNATULLAH TU TELAH BERJAYA MENYERANG MINDA UMAT ISLAM DENGAN SANGAT BERKESAN! Within tak sampai 100 tahun pun! GOSH! Sedarilah wahai umat Islam sedunia, terlalu banyak kerja yang kita harus buat untuk menegakkan kembali agama Allah di muka bumi ini. I REPEAT TERLALU BANYAK! BAHKAN KITA KENA BUAT LEBIH LAGI DARI APA YANG PARA SAHABAT BUAT DULU-DULU. SINCE KITA BERDA DI BAWAH PARAS JAHILIYAH SEKARANG! 

Oleh itu, saya nak la menyeru, semua umat Islam seluruh dunia, mari-mari sama-sama kita berganding bahu bersatu hati dan tenaga mengembalikan & mempertahankan agama Allah di muka bumi ini.
Kalau Islam tu hanya pada nama tuh, tapi takde prasaan malu dengan Allah langsung wat kejahilan hari-hari, ayuh ayuh kita susun jalan untuk kembali pada Allah. Tinggalkan semuanya yang tak membantu untuk tingkatkan iman and amal kita.

Nak ingatkan jugak, DEFINISI IMAN tu is bila mengaku ngan lidah, amalkan perbuatan dengan tubuh badan and meyakini dengan hati kan? So, kalau setakat cakap je ‘AKU NI ORANG ISLAM’ tapi tak baca quran, berterusan buat maksiat & kemungkaran, buat perkara-perkara yang Allah tak suka, I THINK YOU WOULD BETTER CONSIDER YOURSELF SAMA JE NGAN ORANG-ORANG KAFIR DI LUAR SANA TU.

LET’S COME BACK TO THE ROOT OF ISLAM!

Sebelum berpisah, nak share satu ayat.

Surah An-Nur ayat 21 :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan menyuruh mereka melakukan perbuatan keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, nescaya tidak aka nada seorang pun yang bersih daripada perbuatan keji dan mungkar itu selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki, DAN ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI.”

Justeru... mintalahhh.... teruslahhh meminta dengan Allah....  jangan pernah berhenti... jangan putus berharap... minta-minta dan minta! Sesungguhnya Allah sedang menanti kita semua untuk meminta-minta dan bergantung harap hanya padanya.

Yang baik hanya dari Allah. Yang kurang baik dating dari kekhilafan diri saya yang bukan siapa-siapa ini. 

Wallahualam.

: YOSH, MARI BERAMAL ! :

Sunday 13 June 2010
Salam alayke adik-adik yg tgh struggle A-Symond ELTM and kakak-kakak yg tengah struggle buat outline & summary for 10 books 4 dissertation annotated bibliography. (i macam biase la, tak stat agi ofkos,huhu)
 
Semoga sentiasa berada dalam lingkungan rahmat hidayah dan kasih sayang Allah hendaknya. (wow, cam tulis surat tak rasmi plak,huhu)

Di saat Allah masih lagi memberi  kesempatan untuk bernafas hari ni, nak share la ngan korang ttg apa definisi dosa. Insya-Allah boleh je rujuk kat mana-mana buku lain untuk ditambah pengetahuan. nanti share jugak tau. heeee : ))
 
JOM MENYELAM! 

Hairan apabila terbaca ayat ini setiap kali akan tetapi itulah hakikatnya. Setiap sesuatu yang dicipta oleh Allah di atas muka bumi ini mempunyai kelebihan dan keutamaan yang tertentu. Bahkan dalam beberapa keadaan kita melihat sesuatu kelebihan yang melebihi kelemahan bertukar sekata menyebabkan ianya dibalas setimpal sesuai dengan kelebihan yang terdapat di dalam keadaan tertentu.

Allah akan membalas ganjaran akan setiap kebaikan yang dilakukan hamba-hambaNya setimpal dengan usahanya itu bahkan 2 kali ganda. Manakala keburukan dan dosa yang dilakukan hamba-hambaNya pula akan dibalas sesuai dengan dosa yang diusahakan itu. Ini adalah balasan setiap amal perbuatan yang dilakukan di waktu-waktu umum yang tidak termasuk di dalam waktu yang diberikan keistimewaan tersendiri.

Setiap amal kebaikan akan dibalas 2 kali ganda manakala keburukan setimpal dengan keburukan yang diusahakannya itu. Itu adalah konklusi daripada amalan yang dilakukan pada hari-hari biasa. Namun apakah sama ganjaran yang diberikan Allah itu pada hari-hari mahupun bulan-bulan yang dimuliakan Allah? Jawapannya semestinya berbeza ganjaran diantara dua waktu itu.
 
TIGA BULAN ISLAM YANG UTAMA 
 
Ketika ini kita telah memasuki ladang-ladang yang dipenuhi dengan pelbagai kenikmatan, kelebihan dan kurniaan ganjaran amal kebaikan berlipat kali ganda yang tidak dapat untuk diperolehi dalam masa selain ini. 3 bulan yang utama ini adalah Rejab, Syaaban dan Ramadhan yang dipenuhi dengan kelebihannya. Kelebihan yang tidak dikurniakan pada waktu yang lain.

Kita seharusnya bersyukur kerana masih diberikan ruang, peluang dan kesempatan untuk bersama berada di halaman yang penuh dengan barakah ini bagi menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya menyemai sebanyak mungkin amal kebajikan untuk dipersembahkan di hadapan Allah kelak. Beruntunglah bagi sesiapa yang benar-benar mempergunakan peluang yang ada ini dengan penuh kehambaan.

Ya, mungkin pada waktu ini kita akan melihat umat Islam seolah-olah lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan apa jua amalan tidak seperti mana biasa. Perkara ini sinonim dalam kehidupan seorang muslim seandainya mereka hanya melihat ibadah hanya tertumpu pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Seharusnya mereka merasakan sifat kehambaan dengan melaksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh setiap masa tanpa tertakluk kepada keadaan tertentu.

 


PERSAMAAAN DOSA & PAHALA??

Ketika penyampaian khutbah Jumaat pada minggu yang lepas penulis pernah mengetahui sebuah mutiara ilmu yang amat berharga boleh dikongsikan bersama sidang pembaca sekalian. Mengenai persamaan ganjaran dosa dan pahala pada hari-hari dan bulan-bulan yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah kepada hamba-hambaNya tidak pada masa-masa yang lain.

Umum sedia maklum, bahawa setiap amal kebajikan yang dilakukan pada masa-masa yang istimewa ini dilipatgandakan Allah sehingga berlipat kali ganda. Akan tetapi sesuatu hakikat yang juga perlu diketahui bahawa setiap amal keburukandan maksiat yang dilakukan juga akan dilipatgandakan akibat ganjaran dosa yang bakal diterima. Subhanallah, maha suci Allah yang berkuasa atas tiap sesuatu.

Sebagai contoh sebagaimana yang disampaikan oleh khatib, mereka yang melakukan satu zina maka dia akan dibalas dengan dosa melakukan 2 kali zina. Mereka yang melakukan satu pembunuhan maka dia akan dibalas dengan dosa melakukan 2 kali pembunuhan dan pelbagai lagi variasi amalan dosa maksiat yang ditegah di sisi Allah. Nauzubillahi min zalik (semoga Allah menjauhi kita dari segala amalan dosa maksiat itu).

Seandainya pendedahan ini diamati dan diperhalusi oleh setiap muslim yang mengutamakan keredhaan Allah, sudah semestinya mereka akan menitik beratkan soal amalan kebajikan dan lebih berhati-hati terhadap amalan dosa maksiat dalam kehidupan seharian mereka. Satu penilaian yang perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam agar lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan yang lebih hebat cabaran dan dugaannya.



ANTARA REJAB, SYAABAN & RAMADHAN 
Di dalam sebuah hadith masyhur dan sahih yang pernah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Terpampang jelas melalui maksud hadith tersebut bahawa ketiga-tiga bulan ini mempunyai kelebihan yang amat besar berbanding bulan-bulan yang lain. Tidak hairanlah ada dikalangan ulama yang menyatakan bahawa 3 bulan ini merupakan ladang dan kebun untuk menyemai amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya untuk menjadi bekal menuju ke rahmat Allah kelak.

Bahkan seandainya diamati dari sudut yang lain, Rejab dan Syaaban merupakan medan latihan menahan diri dari makan, minum dan melakukan maksiat seandainya diperhatikan secara logik sebelum kita bertemu dengan Ramadhan. Lebih-lebih lagi Ramadhan yang bakal ditempuh seawal akhir Ogos ini merupakan ujian yang amat hebat berbanding Ramadhan sebelumnya. Ini kerana Ramadhan pada tahun ini terletak betul-betul di akhir musim panas yang amat menguji mental dan fizikal bagi mereka yang berada di Mesir dan Timur Tengah.

Sesuai dengan Ramadha yang bermaksud panas dan kekeringan yang menyengat. Maka pada tahun ini penulis dan sahabat-sahabat yang masih tegak berdiri di perantauan akan menghadapi Ramadhan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Musim panas waktu siang adalah lebih panjang berbanding waktu malam dengan nisbah 13:11. Sebuah pengalaman yang amat ketara dirasai apabila berada di negara yang melalui perubahan 4 musim. Walaupun hakikatnya hanya musim panas dan sejuk sahaja tampak lebih ketara berbanding selainnya.

 

BULAN SOLAT

Rejab dan Isra' Mikraj tidak dapat dipisahkan. Peristiwa teragung di dalam Rejab merupakan elemen terpenting yang amat sinonim apabila tibanya bulan Rejab ini. Tanpa Isra' Mikraj tidak bermaknalah Rejab begitulah juga sebaliknya. Maka tidak boleh tidak bagi setiap umat Islam itu mengetahui secara jelas tentang peristiwa yang terkandung di dalam bulan Allah yang penuh dengan barakah ini.

Solat 5 waktu merupakan sebuah pensyariatan yang teragung ke atas Nabi kita, Muhammad SAW. Peristiwa Isra' Mikraj yang berlaku ke atas Baginda merupakan satu hiburan disamping terselit di sana sebuah pensyariatan yang amat penting bagi umat Islam. Selepas wafatnya bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isteri Baginda, Saidatina Khadijah yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan Baginda SAW dalam menegakkan Islam membuatkan Baginda bersedih.

Maka dengan itulah diperjalankan Nabi SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin yang dinamakan Isra' (diperjalankan di malam hari). Kemudiannya diteruskan perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha langit ke tujuh bertemu Allah. Seandainya dilihat peristiwa yang berlaku ini dilihat seakan tidak logik dalam satu malam diperjalankan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke langit ke tujuh. Akan tetapi peristiwa ini adalah bukti kekuasaan Allah untuk melihat sejauh mana keimanan umat Islam kepadaNya melalui UtusanNya.

Tatkala Nabi SAW bertemu Allah di Sidratul Muntaha itulah disyariatkan kewajipan solat kepada umat Islam. Hakikatnya bukan 5 waktu, akan tetapi 50 waktu sehinggalah sebelum Nabi SAW turun dan dinasihati oleh Nabi Musa supaya dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu. Dengan kadar 5 waktu itupun Nabi Musa masih menasihati Nabi SAW supaya mengurangkannya lagi. Namun Nabi SAW amat malu untuk bertemu dan memohon Allah untuk mengurangkan kadarnya. Amat besar pengorbanan Nabi SAW demi memastikan umatnya mampu melaksanakan kewajipan yang asalnya 50 menjadi 5 waktu sahaja. Akan tetapi ganjaran melaksanakannya tetap menyamai perlaksanaan 50 waktu.

Nah, sekiranya ingin disingkap satu persatu peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW semestinya sukar untuk diungkapkan. Namun yang paling penting adalah sejauh mana kita menghayati keringanan kefardhuan Solat Fardhu 5 waktu yang diwajibkan ke atas kita di akhir zaman ini yang dilihat semakin ramai memandang ringan dan enteng tentang amalan pertama yang akan disoal oleh Allah di akhirat kelak sebelum dipertimbangkan amalan-amalan yang lain.

Perkara ini tidak lain sebagai peringatan kepada diri penulis terutamanya selanjutnya kepada seluruh umat Islam di seluruh alam agar memandang berat soal solat ini agar tidak ditinggalkan walau sekali. Seandainya terlupa (mustahil lupa perkara yang diwajibkan sejak kecil), tertinggal, tertidur, leka wajib untuk diqada' (diganti apabila teringat dan diingatkan) dalam apa jua sekalipun kerana ianya akan dikira sebagai hutang kepada Allah yang akan dituntut apabila tidak ditunaikan.

KHATIMAH

Semoga pendedahan, penerangan dan penjelasan yang tidak seberapa ini mampu memberikan sinar kefahaman kepada seluruh umat Islam di serata dunia seterusnya disampaikan kepada saudara-saudara seagama yang lain supaya dapat dimanfaatkan bersama. Tiada yang menjadi impian penulis selaku seorang yang menggalas amanah ilmu untuk melihat umat Islam seluruhnya kembali kepada jalan yang benar dibawah sinar iman dan takwa cahaya Islam yang suci.

 ~RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL~

: 10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA :

Wednesday 9 June 2010
10 wasiat imam hassan al-banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

semoge bermanfaat.

: DUNIA VS AKHIRAT :

Tuesday 8 June 2010
Sebaris ayat daripada tafsir fi zilal yang sangat menyentuh saya pada hari ini.


"Taraf yang menyediakan manusia di dunia ini supaya sesuai dengan taraf nikmat-nikmat di akhirat"

Subhanallah. 

Baru minggu lepas berbicara dengan mereka tentang kehidupan dan kematian. Kehidupan manusia yang seharusnya merupakan fasa menyediakan diri untuk menjadi benih yang terbaik, kerana kelak saat kita menghadapi kematian dan ditanamkan (dikuburkan), biji benih (diri kita) yang kita telah usahakan itu kelak akan dicambahkan (dibangunkan untuk dihisab) kelak di akhirat.
Andai banyak di antara manusia yang berasa terkongkong dengan syariat Islam, merasa terkekang dan tidak dapat bergerak bebas mengikut hawa nafsu maka mereka seharusnya mengetahui, kekangan dan kongkongan itu merupakan suatu norma biasa dalam hidup kita pada setiap kali kita mahu mengubah kehidupan kita menjadi yang lebih baik.


Lihat saja, andai seseorang mahu kelihatan berada di kelas tinggi seperti orang-orang ternama, maka dia mesti mengikut segala protokol, tatasusila, etiket dan segala macam perkara berkaitan sesuai dengan masyarakat kelas tinggi. Mahu kelihatan cantik menarik saja, banyak perempuan tidak berkira soal mengekang dan mengongkong diri mereka untuk mengikut trend terkini, memastikan diri istiqamah memakan dan meminum segala macam supplement untuk membantu diri kelihatan cantik-anggun-ayu, mengawal diet, bersenam (di sekolah saya, cikgu-cikgu ini mengikuti kelas line dance. Kelas gitu!) dan mengorbankan wang dan masa untuk ke spa dan mall hampir setiap bulan. Benar, untuk menaik-taraf diri kita perlukan pengorbanan, dan pengorbanan itu terhasil bila adanya syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan hasil yang diingini itu tercapai.


Lalu, segala apa yang telah digaris Allah yang Maha Kaya Pengetahuan-Nya kepada manusia di dunia ini adalah untuk menyediakan manusia agar bisa mencapai taraf yang dikehendaki di akhirat. Ah, mahu membayangkan syurga saja pun kita tidak mampu...lalu bagaimana dapat kita bayangkan setinggi mana kelas-kelas manusia yang bisa mencapai syurga, apatah lagi syurga Firdausi!


Syariat Islam itu tidak bersifat mengongkong dan bukanlah menyekat kebebasan manusia, tetapi merupakan kaedah untuk meningkatkan taraf manusia di dunia agar bisa mencapat taraf akhirat yang sudah tentunya punya standard yang cukup tinggi.


Andai perempuan-perempuan yang berlumba-lumba untuk memenangi beauty pageant saja sanggup mengikut segala macam protokol, berbahasa lunak lembut, bersopan santun, melambai lembut gemalai, memastikan muka tersenyum sentiasa walau hati tersiksa dan sebagainya...sanggup mengekang segala keinginan saat berada di hadapan kamera terutama di saat-saat akhir di atas pentas itu (kerana mungkin saat itu ada saja yang mahu menggaruk kegatalan, hendak bersin, hendak ketawa, hendak ke tandas...) tapi, mereka tetap mengekang segala perasaan dan kehendak itu., kerana mahu tetap kelihatan cukup standard seperti beauty pageant....maka bagaimana kita, andai mahu menjadi manusia yang layak sebagai ahli syurga? Seharusnya ada standardnya...dan nah, itulah yang digarisi oleh syariat Islam yang maha indah itu!


Kerana itu Islam itu datang dengan pakej sebagai cara hidup, harus diaplikasi secara syumul... secara seluruhnya di setiap aspek kehidupan termasuklah di celah yang paling seni sekalipun.


Islam hadir dengan syariat dan panduan, agar kita bisa membentuk diri menjadi benih yang paling baik. Bila ditanamkan kelak menumbuhkan pohon yang bisa menghasilkan buah yang paling manis dan bermanfaat di akhirat. Lagipula, matawang di akhirat kelak hanya menggunakan dosa dan pahala, bukannya sen dan ringgit. Lalu andai mahu membeli-belah semewah-mewahnya di akhirat, harusnya mula bijak membuat pelaburan...moga-moga punya matawang pahala yang lebih banyak, kan? =)