Salam alayke adik-adik yg tgh struggle A-Symond ELTM and kakak-kakak yg tengah struggle buat outline & summary for 10 books 4 dissertation annotated bibliography. (i macam biase la, tak stat agi ofkos,huhu)
Semoga sentiasa berada dalam lingkungan rahmat hidayah dan kasih sayang Allah hendaknya. (wow, cam tulis surat tak rasmi plak,huhu)
Di saat Allah masih lagi memberi kesempatan untuk bernafas hari ni, nak share la ngan korang ttg apa definisi dosa. Insya-Allah boleh je rujuk kat mana-mana buku lain untuk ditambah pengetahuan. nanti share jugak tau. heeee : ))
JOM MENYELAM!
Hairan apabila terbaca ayat ini setiap kali akan tetapi itulah hakikatnya. Setiap sesuatu yang dicipta oleh Allah di atas muka bumi ini mempunyai kelebihan dan keutamaan yang tertentu. Bahkan dalam beberapa keadaan kita melihat sesuatu kelebihan yang melebihi kelemahan bertukar sekata menyebabkan ianya dibalas setimpal sesuai dengan kelebihan yang terdapat di dalam keadaan tertentu.
Allah akan membalas ganjaran akan setiap kebaikan yang dilakukan hamba-hambaNya setimpal dengan usahanya itu bahkan 2 kali ganda. Manakala keburukan dan dosa yang dilakukan hamba-hambaNya pula akan dibalas sesuai dengan dosa yang diusahakan itu. Ini adalah balasan setiap amal perbuatan yang dilakukan di waktu-waktu umum yang tidak termasuk di dalam waktu yang diberikan keistimewaan tersendiri.
Setiap amal kebaikan akan dibalas 2 kali ganda manakala keburukan setimpal dengan keburukan yang diusahakannya itu. Itu adalah konklusi daripada amalan yang dilakukan pada hari-hari biasa. Namun apakah sama ganjaran yang diberikan Allah itu pada hari-hari mahupun bulan-bulan yang dimuliakan Allah? Jawapannya semestinya berbeza ganjaran diantara dua waktu itu.

TIGA BULAN ISLAM YANG UTAMA
Ketika ini kita telah memasuki ladang-ladang yang dipenuhi dengan pelbagai kenikmatan, kelebihan dan kurniaan ganjaran amal kebaikan berlipat kali ganda yang tidak dapat untuk diperolehi dalam masa selain ini. 3 bulan yang utama ini adalah Rejab, Syaaban dan Ramadhan yang dipenuhi dengan kelebihannya. Kelebihan yang tidak dikurniakan pada waktu yang lain.
Kita seharusnya bersyukur kerana masih diberikan ruang, peluang dan kesempatan untuk bersama berada di halaman yang penuh dengan barakah ini bagi menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya menyemai sebanyak mungkin amal kebajikan untuk dipersembahkan di hadapan Allah kelak. Beruntunglah bagi sesiapa yang benar-benar mempergunakan peluang yang ada ini dengan penuh kehambaan.
Ya, mungkin pada waktu ini kita akan melihat umat Islam seolah-olah lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan apa jua amalan tidak seperti mana biasa. Perkara ini sinonim dalam kehidupan seorang muslim seandainya mereka hanya melihat ibadah hanya tertumpu pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Seharusnya mereka merasakan sifat kehambaan dengan melaksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh setiap masa tanpa tertakluk kepada keadaan tertentu.
PERSAMAAAN DOSA & PAHALA??
Ketika penyampaian khutbah Jumaat pada minggu yang lepas penulis pernah mengetahui sebuah mutiara ilmu yang amat berharga boleh dikongsikan bersama sidang pembaca sekalian. Mengenai persamaan ganjaran dosa dan pahala pada hari-hari dan bulan-bulan yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah kepada hamba-hambaNya tidak pada masa-masa yang lain.
Umum sedia maklum, bahawa setiap amal kebajikan yang dilakukan pada masa-masa yang istimewa ini dilipatgandakan Allah sehingga berlipat kali ganda. Akan tetapi sesuatu hakikat yang juga perlu diketahui bahawa setiap amal keburukandan maksiat yang dilakukan juga akan dilipatgandakan akibat ganjaran dosa yang bakal diterima. Subhanallah, maha suci Allah yang berkuasa atas tiap sesuatu.

Sebagai contoh sebagaimana yang disampaikan oleh khatib, mereka yang melakukan satu zina maka dia akan dibalas dengan dosa melakukan 2 kali zina. Mereka yang melakukan satu pembunuhan maka dia akan dibalas dengan dosa melakukan 2 kali pembunuhan dan pelbagai lagi variasi amalan dosa maksiat yang ditegah di sisi Allah. Nauzubillahi min zalik (semoga Allah menjauhi kita dari segala amalan dosa maksiat itu).
Seandainya pendedahan ini diamati dan diperhalusi oleh setiap muslim yang mengutamakan keredhaan Allah, sudah semestinya mereka akan menitik beratkan soal amalan kebajikan dan lebih berhati-hati terhadap amalan dosa maksiat dalam kehidupan seharian mereka. Satu penilaian yang perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam agar lebih bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan yang lebih hebat cabaran dan dugaannya.
ANTARA REJAB, SYAABAN & RAMADHAN
Di dalam sebuah hadith masyhur dan sahih yang pernah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."Terpampang jelas melalui maksud hadith tersebut bahawa ketiga-tiga bulan ini mempunyai kelebihan yang amat besar berbanding bulan-bulan yang lain. Tidak hairanlah ada dikalangan ulama yang menyatakan bahawa 3 bulan ini merupakan ladang dan kebun untuk menyemai amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya untuk menjadi bekal menuju ke rahmat Allah kelak.
Bahkan seandainya diamati dari sudut yang lain, Rejab dan Syaaban merupakan medan latihan menahan diri dari makan, minum dan melakukan maksiat seandainya diperhatikan secara logik sebelum kita bertemu dengan Ramadhan. Lebih-lebih lagi Ramadhan yang bakal ditempuh seawal akhir Ogos ini merupakan ujian yang amat hebat berbanding Ramadhan sebelumnya. Ini kerana Ramadhan pada tahun ini terletak betul-betul di akhir musim panas yang amat menguji mental dan fizikal bagi mereka yang berada di Mesir dan Timur Tengah.
Sesuai dengan Ramadha yang bermaksud panas dan kekeringan yang menyengat. Maka pada tahun ini penulis dan sahabat-sahabat yang masih tegak berdiri di perantauan akan menghadapi Ramadhan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Musim panas waktu siang adalah lebih panjang berbanding waktu malam dengan nisbah 13:11. Sebuah pengalaman yang amat ketara dirasai apabila berada di negara yang melalui perubahan 4 musim. Walaupun hakikatnya hanya musim panas dan sejuk sahaja tampak lebih ketara berbanding selainnya.
BULAN SOLAT
Rejab dan Isra' Mikraj tidak dapat dipisahkan. Peristiwa teragung di dalam Rejab merupakan elemen terpenting yang amat sinonim apabila tibanya bulan Rejab ini. Tanpa Isra' Mikraj tidak bermaknalah Rejab begitulah juga sebaliknya. Maka tidak boleh tidak bagi setiap umat Islam itu mengetahui secara jelas tentang peristiwa yang terkandung di dalam bulan Allah yang penuh dengan barakah ini.
Solat 5 waktu merupakan sebuah pensyariatan yang teragung ke atas Nabi kita, Muhammad SAW. Peristiwa Isra' Mikraj yang berlaku ke atas Baginda merupakan satu hiburan disamping terselit di sana sebuah pensyariatan yang amat penting bagi umat Islam. Selepas wafatnya bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isteri Baginda, Saidatina Khadijah yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan Baginda SAW dalam menegakkan Islam membuatkan Baginda bersedih.
Maka dengan itulah diperjalankan Nabi SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin yang dinamakan Isra' (diperjalankan di malam hari). Kemudiannya diteruskan perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha langit ke tujuh bertemu Allah. Seandainya dilihat peristiwa yang berlaku ini dilihat seakan tidak logik dalam satu malam diperjalankan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus ke langit ke tujuh. Akan tetapi peristiwa ini adalah bukti kekuasaan Allah untuk melihat sejauh mana keimanan umat Islam kepadaNya melalui UtusanNya.

Tatkala Nabi SAW bertemu Allah di Sidratul Muntaha itulah disyariatkan kewajipan solat kepada umat Islam. Hakikatnya bukan 5 waktu, akan tetapi 50 waktu sehinggalah sebelum Nabi SAW turun dan dinasihati oleh Nabi Musa supaya dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu. Dengan kadar 5 waktu itupun Nabi Musa masih menasihati Nabi SAW supaya mengurangkannya lagi. Namun Nabi SAW amat malu untuk bertemu dan memohon Allah untuk mengurangkan kadarnya. Amat besar pengorbanan Nabi SAW demi memastikan umatnya mampu melaksanakan kewajipan yang asalnya 50 menjadi 5 waktu sahaja. Akan tetapi ganjaran melaksanakannya tetap menyamai perlaksanaan 50 waktu.
Nah, sekiranya ingin disingkap satu persatu peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW semestinya sukar untuk diungkapkan. Namun yang paling penting adalah sejauh mana kita menghayati keringanan kefardhuan Solat Fardhu 5 waktu yang diwajibkan ke atas kita di akhir zaman ini yang dilihat semakin ramai memandang ringan dan enteng tentang amalan pertama yang akan disoal oleh Allah di akhirat kelak sebelum dipertimbangkan amalan-amalan yang lain.
Perkara ini tidak lain sebagai peringatan kepada diri penulis terutamanya selanjutnya kepada seluruh umat Islam di seluruh alam agar memandang berat soal solat ini agar tidak ditinggalkan walau sekali. Seandainya terlupa (mustahil lupa perkara yang diwajibkan sejak kecil), tertinggal, tertidur, leka wajib untuk diqada' (diganti apabila teringat dan diingatkan) dalam apa jua sekalipun kerana ianya akan dikira sebagai hutang kepada Allah yang akan dituntut apabila tidak ditunaikan.

KHATIMAH
Semoga pendedahan, penerangan dan penjelasan yang tidak seberapa ini mampu memberikan sinar kefahaman kepada seluruh umat Islam di serata dunia seterusnya disampaikan kepada saudara-saudara seagama yang lain supaya dapat dimanfaatkan bersama. Tiada yang menjadi impian penulis selaku seorang yang menggalas amanah ilmu untuk melihat umat Islam seluruhnya kembali kepada jalan yang benar dibawah sinar iman dan takwa cahaya Islam yang suci.
4 comments:
Salam ziarah. Izinkan saya komen. Pertama saya suka blog awak. Input dan isi penulisan alhamdulillah. Cuma penulisan awak didalam blog berbentuk rencana dan apabila panjang sangat huraian terkadang menjemukan ...maaf ini komen ikhlas.
Saya juga penulis blog dan masih belajar dan inilah pengalaman yang ingin saya share. Menulis blog perlukan tarikan dan tarikan itu adalah ' penceritaan' maka berceritalah!
Kalau awak amati dalam surah yusuf, Allah bercerita pada kita. Maka cerita itu amat menyeronokan dan amat membuat kita tidak jemu untuk membaca. Dalam surah yusuf yang mempunyai 111 ayat itu, hampir 86% penceritaan mengunakan dialog.
Jadi menulis blog juga memerlukan sedikit sebanyak dialog kerana dialog merupakan ingredient yang mempunyai tarikan.
teruskan menulis. jangan berhenti. tulis apa saja yang terlintas dihati asalkan ianya bermenfaat dan tidak bercanggah dengan syariat.
Saya doakan agar awak akan menjadi pendakwah yang baik dan ikhlas untuk deen ini.
Terima kasih post ini kerana mengingatkan saya bahawa bulan rejab dan masuk kerana terlalu sibuk hampir lupa akan bulan2 istimewa ini ..
Maaf sekali lagi atas komen ...
jazakallah jaza'
muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa
ooo panjang jugak ek yang ni? ingat dah pendek dah? hihi insya Allah. jazakillah ya ukhti. : ))
let's together run towards mardhatillah and allah's maghfirah. : ))
Jangan ubah jantina saya :)
errr?
Post a Comment